Kubu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan lain, sila lihat Kubu (nyahkekaburan).
Fortbourtange, Groningen

Kubu ialah binaan tinggi untuk mempertahankan kampung atau sebuah negara daripada serangan musuh. Kubu ini boleh berbentuk sementara seperti dibina daripada buluh aur yang panjangnya 1 meter dan ditanam ke dalam tanah. Kubu ini kemungkinan juga dibina daripada batang-batang pokok.

Kubu pertahanan yang lebih kekal dibuat daripada tanah dan batu yang disusun lebih tinggi. Contoh terbaik ialah Tembok Besar Negara China. Tembok besar ini dibina oleh Maharaja Qin Shi Huang.

Di Malaysia, A Famosa di Bandar Hilir, Melaka ialah contoh kubu pertahanan yang dibina oleh tentera Portugis. Di Pasir Salak, pengikut Dato Maharaja Lela telah membina kubu pertahanan daripada tanah dan buluh. Sementara di Lukut, kubu pertahanan diperbuat daripada batu dan tanah keras. Parit dikorek di bahagian luar kota. Kubu ini dikenali sebagai Kota Lukut dan dibina Muzium Lukut di sebelahnya.