Kubu Kota

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai jenis perkubuan. Untuk kegunaan lain, sila lihat Kubu Kota (nyahkekaburan).
Di dalam pelan abad ketujuh belas ini kota berkubu Casale Monferrato kubu kota adalah struktur berbentuk bintang yang besar di sebelah kiri.
Kubu kota Vauban di Neuf Brisach (Perancis)
Kubu kota Gondershe, Somalia adalah kota terpenting dalam Empayar Ajuran di zaman pertengahan.
Pemandangan Kubu Samuil, di atas bandar lama Ohrid, Macedonia.
Pandangan panorama Kremlin Moscow pada 1908

Kubu kota atau kota adalah kawasan teras perkubuan sesebuah bandar atau bandaraya. Ia boleh menjadi kubu, istana kota, atau pusat perkubuan.[1] Istilah ini dipanggil "kota kecil" kerana ia adalah bahagian paling kecil dalam bandar di mana ia mempunyai teras pertahanan.[2]

Di dalam sesebuah perkubuan berserta katelum, kubu kota adalah bahagian sistem yang paling kuat , kadang-kadang terdapat telaga di dalam tembok luar dan katelum, tetapi sering menjadi sebahagian daripada tembok luar untuk kepentingan ekonomi. Ia diletakkan sebagai barisan pertahanan terakhir, jika pihak musuh melanggar komponen lain sistem perkubuan. Kubu kota juga dianggap sebagai bahagian ketiga istana zaman pertengahan, dengan tembok yang lebih tinggi daripada yang lain. Ia adalah untuk menjadi barisan terakhir pertahanan sebelum menara utama itu sendiri.

Di pelbagai negara, kubu kota mendapat nama tertentu seperti "Kremlin" di Rusia atau "Alcázar" di Semenanjung Iberia. Di bandar-bandar Eropah, istilah "Kubu Kota" dan "Istana Kota" sering digunakan silih berganti. Istilah "menara" juga digunakan dalam kes-kes tertentu seperti Menara London dan Menara David Jerusalem. Walau bagaimanapun, kubu kota Haiti, yang merupakan kubu kota terbesar di Hemisfera Barat, dipanggil Citadelle Laferriere atau semata-mata "Citadel" dalam bahasa Inggeris.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sidney Toy (1985). Castles: Their Construction and History. Courier Dover. ISBN 0-486-24898-4. 
  2. ^ "Citadel". Dicapai pada 4 April 2013. 


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Fortifications