Kubu Middleburg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kubu Middleburg
Bastion Middleburg.JPG
Maklumat umum
JenisKubu
LokasiBandar Hilir, Melaka, Malaysia
Disiapkan pada1660
Butiran teknikal
Aras tingkat0.09 hectares[1]

Kubu Middleburg atau Bastion Middleburg merupakan sebuah kubu pertahanan milik Belanda yang terletak begitu hampir dengan muara Sungai Melaka, dekat Bandar Hilir, Melaka. Kini kubu ini menjadi daya tarikan sejarah yang terkenal di Melaka dan dilindungi dibawah binaan bersejarah Warisan Negara.[2][3][4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Selepas kejatuhan Portugis di Melaka pada tahun 1641 diatas tangan Belanda, pihak Belanda telah membuat percaturan baru bagi memastikan pemilikan dan keselamatan Melaka sentiasa berada dibawah penguasaannya. Mereka telah membangunkan lebih banyak dinding pertahanan bagi melindungi Melaka dari ancaman musuh. Salah satu kubu terhebat mereka ketika itu adalah Kubu Middleburg, keunikan kubu ini terletak pada aras binaannya yang lebih tinggi di tebing muara Sungai Melaka. Ini memberi peluang kepada mereka menyekat kedatangan musuh khususnya melalui jalan sungai dan muara laut. Pembinaan Kubu Middleburg telah dimulakan pada tahun 1660.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 5 March 2016. Dicapai 20 July 2015. 
  2. ^ "Bastion Middleburg - Tourism Malaysia". tourism.gov.my. 
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada asal pada 21 July 2015. Dicapai 20 July 2015. 
  4. ^ http://202.190.126.82/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm[pautan putus]


Templat:Malaysian colonial architecture Templat:Malaysian historical architectures and sites


Koordinat: 2°11′38.8″N 102°14′53.3″E / 2.194111°N 102.248139°E / 2.194111; 102.248139