Kubu Pantai Sabak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kubu Pantai Sabak yang terletak di Kelantan merupakan barisan pertahanan yang dibina oleh pihak British sebagai persediaan sebarang serangan dari arah laut bagi melindungi lapangan terbang Pengkalan Chepa yang berhampiran. Ini disebabkan kedudukannya yang terletak di bahagian utara Tanah Melayu agak berdekatan dengan Siam dan Vietnam di mana pasukan musuh dijangka akan mara.

Kubu Pantai Sabak ini juga merupakan tapak pertempuran bersejarah yang pertama di Malaya antara tentera British dan Jepun pada 8 Disember 1941, hanya sejam sebelum berlakunya serangan ke atas Pearl Harbor yang terkenal itu. Pertempuran itu turut meyaksikan penengelaman kapal Jepun semasa pertempuran yang pertama, iaitu kapal pengangkut IJN Awajisan Maru (9,794 tan) yang merupakan kapal Jepun yang pertama bagi semua saiz yang ditenggelamkan semasa Perang Dunia Kedua.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]