Kubu kota Aleppo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kubu kota Aleppo
قلعة حلب
Aleppo, Syria

Kubu kota Aleppo
Jenis Kubu
Dibina Alaf ke-3 SM. ~ Abad ke-12 M
Bahan
binaan
Batu kapur
Digunakan  Sehingga abad ke-20
Keadaan
sekarang
Separa rosak
Dibuka kepada
 awam
Ya
Dikawal oleh Republik Arab Syria


Pemandangan dari luar
Pintu masuk yang diperkukuh
Dewan singgahsana

Kubu kota Aleppo (Arab: قلعة حلب) ialah sebuah istana kubu besar Zaman Pertengahan yang terletak di pusat kota lama Aleppo, utara Syria. Ia dianggap satu daripada kota yang tertua dan terbesar di dunia. Penggunaan bukit Kubu kota bermula sekurang-kurangnya pada pertengahan alaf ke-3 SM. Kubu ini ditakluki pelbagai tamadun termasuk tamadun Yunani, Byzantine, Ayubiyyah dan Mamluk. Kebanyakan binaan yang terdapat pada hari ini difikirkan berasal dari zaman Ayubiyyah. Sebuah usaha pemuliharaan yang meluas berjalan semenjak tahun 2000 dikendalikan Yayasan Aga Khan untuk Kebudayaan bersama-sama Persatuan Arkeologi Aleppo. Sebuah kubu kota yang mendominasi kotanya, Kubu kota Aleppo menjadi sebahagian daripada Kota Lama Aleppo, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO semenjak tahun 1986[1].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Perjumpaan Kuil Tuhan Ribut Kuno, Hadad, menunjukkan penggunaan bukit bermula pada alaf ke-3 SM seperti dibuktikan teks pepaku atau kuneiform dari Ebla dan Mari di Syria[2]. Dikatakan Nabi Ibrahim pernah menyusukan kambing di atas bukit Kubu kota.[3]. Selepas kemerosotan negara Neo-Hittite yang berpusat di Aleppo, puak Assyria mendominasi kawasan ini (abad ke-8 hingga ke-4 SM), diikuti kaum Neo-Babylonia dan Parsi (539–333 SM).[4]

Zaman moden[sunting | sunting sumber]

Medan yang dibaik pulih

Pada masa ini, Kubu kota terletak di atas sebuah bukit kecil yang mempunyai tapak elips dengan ukuran panjang 450 meter dan ukuran lebar 325 meter. Pada bahagian atasnya, elips ini berukuran 285 meter dengan 160 meter, dan dengan ketinggian tapak condong sebanyak 50 meter. Pada zaman lampau, keseluruhan bukit diliputi batu kapur yang masih kekal sehingga hari ini.[5]

Bukit ini dikelilingi parit berukuran 22 m dalam dan 30 m lebar, yang dibina pada abad ke-12. Yang menarik ialah get masuk yang diperkukuh, yang dapat dilalui menerusi sebuah jambatan lengkung. Ciri ini ditambah oleh kerajaan Mamluk pada abad ke-16. Deretan lima selokan sudut tegak dan tiga get besar (dengan ukiran patung) membawa pelawat ke pintu masuk utama istana kubu.[5] Juga menarik di bahagian adalah Dewan Senjata, Dewan Byzantine dan Dewan Takhta dengan bumbung berhiasnya yang baharu dibaik pulih.

Kini, kubu kota ini menjadi tarikan pelancong dan juga tapak kajian arkeologi. Amfiteater sering digunakan untuk konsert muzik ataupun acara kebudayaan.[5] Pada bulan Ogos 2012, sewaktu pertempuran Aleppo get luar kubu kota rosak akibat bedilan[6].

Tapak dalaman[sunting | sunting sumber]

Teater
Muzium

Terdapat banyak sisa binaan di dalam kubu kota. Yang utama termasuk:

Blok laluan masuk[sunting | sunting sumber]

Jambatan batu yang besar dibina Sultan Ghazi merintasi parit menuju ke kompleks pintu masuk selokan yang tersergam. Orang yang ingin menceroboh terpaksa membuat enam selokan naik ke atas tanjakan berkekubah yang juga selindungi pintu khusus untuk menyimbah cecair panas ke atas penyerang dari mezanin di atas tanjakan. Laluan-laluan rahsia dibina di dalam kompleks, dan lalaun-laluan utama dihiasi ukiran timbul figuratif. Di bahagian atas blok Ayubiyyah terletak Dewan Takhta Mamluk, tempat sultan-sultan Mamluk mengadakan acara-acara rasmi.[7]

Istana dan Hammam Ayubiyyah[sunting | sunting sumber]

"Istana kemegahan" Ghazi terbakar pada malam perkahwinannya, akan tetapi dibina semula dan pada hari ini berdiri tersergam sebagai satu binaan yang penting dan bermakna di dalam bahagian utama kubu kota. namun, kaum Ayubiyyah bukanlah orang pertama yang membina istana di kubu kota. Hari ini terdapat banyak peninggalan perincian seni bina zaman Ayubiyyah, termasuk portal masuk dengan muqarna atau kekubah berbentuk sarang lebah, dan sebuah laman sistem empat dewan lengkap dengan jubinnya[8].

Dengan susun atur gaya Islam pada Zaman Pertengahan, hammam (bilik mandi) istana mempunyai tiga bahagian. Bahagian pertama digunakan untuk bilik persalinanan dan istirehat. Bahagian kedua tidak dipanaskan tetapi lebih panas daripada bahagian pertama, dan bahagian ini disusuli bilik panas dan bilik wap lengakap dengan alkof-alkof (ruang-ruang kecil). Air panas dan sejuk disalurkan ke hamman melalui paip tembikar[8].

Satura, Perigi Yunani dan laluan bawah tanah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan kubu kota tidak terbatas kepada bahagian atas tanah. Beberapa perigi digali sedalam 125m di bawah permukaan bahagian atas kubu kota. Laluan bawah tanah berhubung dengan menara-menara luar dan mungkin juga di bahagian bawah parit hingga ke kota Aleppo.[8]

Pemandangan bahagian atas Kubu kota Aleppo

Galeri[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ancient City of Aleppo". UNESCO. Dicapai pada Mar 7, 2012.
  2. ^ DayPress News, "Temple of Hadad in Aleppo Citadel Sheds Light on Important Periods" Diarkibkan 2020-05-07 di Wayback Machine, Jan 16, 2010.
  3. ^ Bianca and Gaube, 2007, pp. 73–103
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Julia1 tidak disediakan
  5. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Julia5 tidak disediakan
  6. ^ "Aleppo citadel hit by shelling, says opposition". The Daily Star Lebanon. 11 August 2012. Dicapai pada 10 August 2012.
  7. ^ Gonnela, 2008, pp. 31 35
  8. ^ a b c Gonnela, 2008, pp. 46 48

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]