Pergi ke kandungan

Kubu kota Dinasti Ho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Kubu kota Empayar Dinasti Ho)
Kubu kota Dinasti Ho
Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kubu kota Dinasti Ho
KriteriaKebudayaan: ii, iv
Rujukan1358
InskripsiSesi 2011 (ke-28 )

Kubu kota Dinasti Ho (Vietnam: Thành nhà Hồ, chữ Nho: 城茹胡; juga dipanggil istana Tây Đô/西都 atau istana Tây Giai) merupakan sebuah kubu batu abad ke-15 di Thanh Hóa, Vietnam. Ia berfungsi sebagai ibu kota barat bagi dinasti Hồ (1398–1407) selain menjadi pusat politik, ekonomi, dan budaya yang penting dari abad ke-16 hingga ke-18. Ia terletak di komun moden Tây Giai, Daerah Vĩnh Lộc, di Wilayah Thanh Hóa, dalam wilayah Pantai Tengah Utara Vietnam.[1]

Pada tarikh 27 Julai 2011, UNESCO bersetuju untuk mendaftarkan bahagian tengah kubu kota ini sebagai warisan dunia, dalam pertemuan di Paris, Perancis.[2] Ini adalah tapak warisan dunia ke-900. Sekarang, Vietnam mempunyai 6 tapak warisan dunia—Teluk Ha Long, Phong Nha-Ke Bang, Huế, My Son, Hoi An, Kubu kota empayar Thang Long.

  1. ↑ Centre, UNESCO World Heritage. "Citadel of the Ho Dynasty". UNESCO World Heritage Centre (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-12-21.
  2. ↑ Tapak Warisan Dunia UNESCO