Kucaimars

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kucaimars (penyanyi))
Kucaimars
Kelahiran
Amirul Husyairi bin Nani

(1997-09-18) 18 September 1997 (umur 26)
PekerjaanPenyanyi , pelakon
Tahun aktif2018–kini

Amirul Husyairi Nani atau lebih dikenali sebagai Kucaimars (lahir 18 September 1997) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Memulakan kerjaya muziknya pada usia 15 tahun,[2] beliau ialah peserta Big Stage musim kedua.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kucaimars dilahirkan pada 1997 di Negeri Sembilan dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Nani Sakam, seorang ahli perniagaan dan Misah Mustafa, seorang guru. Beliau merupakan graduan Diploma Kreatif di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Perdana, Shah Alam.[3]

Menurut Kucaimars, nama pentasnya ialah gabungan daripada dua perkataan, 'Kucai' dan 'Mars'. Kucai ialah gelaran seorang jurulatih bola sepak beliau semasa menuntut Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi di Senawang, manakala Mars ialah jenama coklat kegemarannya. Beliau juga ialah peminat tegar pasukan bola sepak Negeri Sembilan dan Chelsea.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kucaimars memulakan kerjaya muzik dengan menyanyikan lagu saduran.[4] Lagu saduran pertama beliau ialah "Di Matamu" nyanyian asal Sufian Suhaimi, klip videonya itu telah dimuatnaik di Instagram beliau dan telah meraih jumlah tontonan sebanyak 11,000 tontonan dalam tempoh singkat.

Single sulungnya, "Jawab" ialah hasil nukilan ahli kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad dan Zarimi. Ia dikeluarkan pada Januari 2019 oleh Warner Music Malaysia.[5] Kucaimars melancarkan single keduanya, "Khayalan" pada Oktober 2019.[6]

Big Stage (musim 2)[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, Kucaimars telah terpilih sebagai peserta Big Stage 2 yang menampilkan peserta yang hebat dari dalam negara mahupun di luar negara termasuk Irfan Haris, Syada Amzah, Fieya Julia, Aziz Harun, Han Byul, Chaleeda dan ramai lagi.[7][8] Kucaimars bersama-sama Fieya tersingkir di konsert minggu ketujuh,[9] berikut ialah senarai persembahan beliau dalam Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu sendiri/cover "Mimpi Yang Sempurna" Peterpan TERSELAMAT
Minggu 2 Hype Beat "Aku Penghibur" Jamal Abdillah TERSELAMAT
Minggu 3 Glocal Hits "Kemarin" Seventeen TERSELAMAT
Minggu 4 Duominasi "Janam Janam" (bersama Shiha Zikir) Arijit Singh & Antara Mitra TERSELAMAT
Minggu 5 Cannot Brain "Kopi Dangdut" Fahmi Shahab TERSELAMAT
Minggu 6 Lagu Pilihan Dato' Sri Siti Nurhaliza "Ragaman"
"Hutang" (bersama Fieya Julia)
Faizal Tahir
Floor 88
TERSELAMAT
Minggu 7 Road To Final "Keabadian Cinta" Anuar Zain TERSINGKIR

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Kami Budak Band Hakim TV3 Drama pertama

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zaidi Mohamad (26 Mac 2019). Bukan tiru Bruno Mars - Kucaimars Berita Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  2. ^ Norhayati Nordin (23 Januari 2020). Selesa ada band sendiri Harian Metro. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
  3. ^ a b "Kucaimars cetus fenomena". Utusan Malaysia. 16 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 17 Disember 2018.
  4. ^ Ramlah Zainal (8 Disember 2019). Kucaimars rakam lagu sendiri Harian Metro. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
  5. ^ Syanty Octavia Amry (4 April 2019). Jawab dapat sambutan luar biasa Harian Metro. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  6. ^ Amri Hassan (13 Disember 2019). Finalis Dewi Remaja pilihan kucaimars! Eh... ada apa tu Astro Gempak. Dicapai pada 5 Oktober 2020.
  7. ^ Big Stage kembali, BBNU Korea Selatan jadi tumpuan. mstar. Dicapai pada 9 Ogos 2019.
  8. ^ Asyraf Roslan (7 Ogos 2019). "Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan". Astro Awani. Dicapai pada 31 Ogos 2019.
  9. ^ Zulaikha Yusof (30 September 2019). Big Stage 2019: Fieya & Kucaimars gagal ke final... Ini kedudukan peserta markah keseluruhan konsert separuh akhir Astro Gempak. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  10. ^ 'Jawab' taruhan sulung Kucaimars XTRA. 23 Januari 2019. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  11. ^ Zaidin Albert (16 Disember 2019). Single "Khayalan" Kucaimars dapat sambutan positif peminat Murai.my. Dicapai pada 4 Oktober 2020.
  12. ^ Aqmar Mustaza (13 Julai 2020). Kucaimars cipta lagu inspirasi kisah rakan sendiri Sinar Harian. Dicapai pada 4 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]