Kuda Baroque

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Satu imej bersejarah yang memaparkan kuda Baroque klasik
Seekor kuda Andalusia moden

Istilah kuda baroque merujuk kepada sekumupulan baka kuda, biasanya merupakan keturunan dari dan masih mengekalkan ciri-ciri tertentu kuda yang menguasai Eropah semasa era Baroque, selepas pembiakan penting sepanjang Zaman Pertengahan.[1] Ia memperincikan satu jenis baka kuda yang lincah tetapi bertubuh tegap yang berasal dari baka kuda pada Zaman Pertengahan seperti destrier. Leluhur spesifik bagi jenis ini termasuk kuda Neapolitan, kuda Iberia dari keturunan Barb yang diketahui pada Zaman Pertengahan seperti Jennet Sepanyol.[1] Ia boleh dikenali dengan ciric-ciri kaki belakang dan pinggang yang kuat, berbadan sasa, leher bergerbang, profil yang lurus atau sedikit cembung, dan biasanya ekor dan bulu leher yang penuh dan tebal. Kuda-kuda jenis ini biasanya sesuai untuk disiplin haute ecole dalam dressage klasik.[2]

Baka-baka moden yang dianggap termasuk di dalam jenis baroque termasuk:[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Giacomini, Jean Philippe (2005). "How Andalusians, Friesians, Lipizzaners, and Lusitanos are called Baroque horses". International Andalusian and Lusitano Horse Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-17. Dicapai pada 2012-05-25.
  2. ^ Arsenio Raposo Cordeiro, Lusitano Horse The Son of the Wind, 3rd Ed. Lisboa, 2002
  3. ^ Brnardic, Vladimir (2010). Imperial Armies of the Thirty Years' War. Cavalry, Volume 2. Oxford, UK: Osprey Publishing. m/s. 9. ISBN 9781846039973.