Kuda Shire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shire
Seekor kuda hitam yang tinggi dengan empat kaki putih, memakai abah-abah, dengan kelihatan aci-aci pedati
Kuda Shire
Ciri-ciri unggul: Kuda penarik yang tinggi, purata tinggi 17 tangan. Kaki selalunya berstoking putih dengan bulu lebat
Negara asal: England
Standard baka
Shire Horse Society: Standard baka
American Shire Horse Association: Standard baka
Kuda (Equus ferus caballus)

Kuda Shire ialah sejenis baka kuda penarik. Baka ini pelbagai warnanya, seperti hitam, bay dan kelabu. Bakanya tinggi, iaitu yang betina setinggi 16 tangan (64 inci, 163 cm) ke atas dan yang jantan 17 tangan (68 inci, 173 cm) ke atas. Baka ini berkemampuan hebat dalam menarik beban, malah ahli-ahlinya pernah memegang rekod-rekod dunia untuk kuda terbesar keseluruhan dan kuda tertinggi dari zaman ke zaman. Sepanjang sejarahnya, baka ini digemari ramai untuk menarik kereta sorong kilang arak untuk mengedarkan arak kepada para pelanggan. Amalam ini berterusan ke hari ini, malah baka ini juga digunakan untuk tujuan perhutanan, riadah dan promosi.

Pada tahun 1878, tertubuhnya pertubuhan British yang kini dikenali sebagai Shire Horse Society, sementara American Shire Horse Association bermula pada tahun 1885. Baka ini dieksport dari Britain ke Amerika Syarikat secara besar-besaran pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20, tetapi kelarisannya merosot ekoran peralihan ramai-ramai kepada jentera, hingga tersungkur ke takat paling rendah pada 1950-an dan 60-an. Baka Shire kembali popular sejak 1970-an. Namun begitu, bilangannya masih dianggap di paras genting oleh Rare Breeds Survival Trust (UK) dan American Livestock Breeds Conservancy.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]