Kuda Troia (komputer)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kuda Troy (komputer))
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Dalam bidang perkomputeran, kuda Troia atau kuda Troy (Bahasa Inggeris: Trojan horse atau trojan) ialah sejenis atur cara berhasad yang mengandungi helah di dalamnya. Atur cara ini tidak berjalan dengan sendirinya apatah lagi dapat menyalin diri sepertimana cecacing atau virus[1][2] tetapi sebaliknya bergantung kepada sifat luaran yang mampu mengelirukan dan dianggap berfaedah atau menarik oleh pengguna tetapi sebenarnya mengandungi suruhan atau kod yang disusun pencipta untuk menceroboh keselamatan sistem komputer apabila atur cara tersebut dijalankan.

Penamaan atur cara berjenis ini berasal daripada cerita mengenai suatu kuda kayu besar yang digunakan tentera Yunani untuk menumpaskan kota Troia (Troy) yang diperangi mereka.[3][2][4][5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "VIRUS-L/comp.virus Frequently Asked Questions (FAQ) v2.00 (Question B3: What is a Trojan Horse?)". October 9, 1995.
  2. ^ a b "Trojan Horse Definition". TechTerms. Dicapai pada 5 April 2012.
  3. ^ Landwehr, Carl E.; Alan R. Bull; John P. McDermott; William S. Choi (1993). "A taxonomy of computer program security flaws, with examples". DTIC Document. http://www.dtic.mil/cgi-bin/GetTRDoc?AD=ADA465587. Diperolehi 5 April 2012.
  4. ^ "Trojan horse". Webopedia. Dicapai pada 5 April 2012.
  5. ^ "What is Trojan horse? – Definition from Whatis.com". Dicapai pada 5 April 2012.
  6. ^ "Trojan Horse: [coined By MIT-hacker-turned-NSA-spook Dan Edwards] N." Dicapai pada 5 April 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]