Kuda Mongolia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kuda padang rumput)
Kuda Mongolia

Seekor kuda Mongolia (dengan bulu jurai leher yang telah dipangkas) dalam peralatan tradisi
Ciri-ciri unggul: Bersaiz kecil tapi tegap, stamina, tahan dalam keadaan ekstrem, variasi genetik
Negara asal: Mongolia
Kuda (Equus ferus caballus)

Kuda Mongolia (Mongolia Адуу, aduu: "kuda" atau mori; atau dalam kawanan, ado) adalah satu baka kuda yang berasal dari Mongolia. Baka ini dipercayai tidak banyak berubah sejak zaman Genghis Khan. Penduduk yang tinggal secara nomad dalam fesyen tradisi Mongol memiliki lebih daripada 3 juta ekor kuda ini, yang mana mengatasi jumlah populasi penduduk Mongolia. Di Mongolia, kuda-kuda hidup bebas di luar kandang sepanjang tahun, bertahan dalam cuaca sejuk bermula daripada 30 °C (86 °F) pada muzim panas sehingga −40 °C (−40 °F) pada musim sejuk. Ia meragut rumput dan mencari makan sendiri. Susu kuda betina diproses menjadi minuman kebangsaan airag. Ia juga disembelih bagi mendapatkan dagingnya. Selain itu, ia juga digunakan sebagai alat pengangkutan dan tunggangan, di mana digunakan untuk kerja-kerja seharian dan perlumbaan kuda oleh penduduk nomad.

Kuda Mongolia merupakan faktor sokongan semasa penaklukan oleh empayar Mongol pada kurun ke-13.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]