Putih (kuda)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kuda putih)
Kuda Belima jantan putih dominan

Kuda putih adalah dilahirkan putih dan kekal putih sepanjang hidup. Kuda putih boleh bermata coklat, biru atau perang. Kuda "putih sejati", terutamanya yang membawa gen putih dominan (W), adalah jarang-jarang terdapat. Kebanyakan kuda yang sering bergelar "putih" sebenarnya adalah kuda "kelabu" yang putih sama sekali bulunya.[1]

Kuda putih sejati[sunting | sunting sumber]

Kuda putih sejati berkulit merah muda, berbulu putih dan lazimnya bermata hitam, seperti ini.

Kuda putih mempunyai kulit yang tidak berpigmen dan bulu badan yang putih. Kebanyakan kuda putih bermata hitam, namun sesetengahnya bermata biru. Berbanding dengan kuda kelabu yang lahir dengan kulit berpigmen sepanjang hayat serta bulu berpigmen yang makin lanjut usia makin putih, kuda putih yang sejati lahir dengan kulit yang cerah dan bulu yang rata-rata putih. Sesetengah kuda putih akan mengalami sedikit kesan pigmen pada kulit dan bulu yang belum tentu kekal apabila matang, tetapi jika ianya mencerah, tidak seperti kuda kelabi yang hanya keputihan bulu, kuda putih sejati kehilangan pigmen pada kulit dan bulu sekali.

Pewarnaan putih, tidak kira sama ada tanda putih, corak putih ataupun putih dominan, bersama-sama dikenali sebagai fenotip nyahpigmen; kesemuanya disebabkan oleh bahagian kulit yang kekurangan sel pigmen (melanosit).[2] Fenotip nyahpigmen mempunyai pelbagai punca genetik, bahkan punca-punca yang telah dikaji lazimnya terpeta pada gen-gen EDNRB dan KIT. Namun demikian, masih tidak diketahui banyak tentang genetik di sebalik pelbagai fenotip nyahpigmen putih sepenuhnya.

Putih dominan[sunting | sunting sumber]

Genetik di sebalik kuda Belima putih ini dan ahli-ahli keluarganya masih belum difahami.

Putih dominan terkenal sekali kerana melahirkan kuda berbulu putih sepenuhnya yang berkulit merah muda dan bermata coklat, meskipun sesetengah kuda putih dominan mempunyai saki-baki pigmen di sepanjang kelengkungan belakangnya. Seperti yang dibayangkan oleh namanya, putih dominan merupakan warna yang dominan secara genetik. Setidak-tidaknya sebelah induk mestilah putih dominan, malah putih dominan tidak "melangkau" keturunan kerana ia tidak resesif. Meskipun begitu, dari masa ke semasa juga terjadinya secara spontan variasi atau mutasi baru yang menghasilkan putih dominan. Putih dominan itu jarang-jarang ada, tetapi telah terjadi pada kebanyakan baka. Putih dominan telah dikaji pada kuda-kuda Belima, Arab, Putih Amerika dan Putih Camarillo. Telah dikenal pasti 11 varian putih dominan, setiap satunya bersamaan dengan suatu individu yang asas putih secara spontan dan suatu mutasi pada gen KIT. Tidak seekor pun kuda yang dikenal pasti sebagai putih dominan homozigot, bahkan para penyelidik berpendapat bahawa setidak-tidaknya beberapa bentuk putih dominan telah menyebabkan embrio yang tidak berdaya hidup dalam keadaan homozigot. Sedangkan mutasi homolog pada tikus sering dikaitkan dengan anemia dan kemandulan, namun tiada kesan sedemikian yang telah diamati pada kuda putih dominan. Kuda putih dominan biasanya berhidung putih yang terdedah kepada selaran matahari.

Putih sabino[sunting | sunting sumber]

Kuda putih sabino berkulit merah muda, berbulu putih (hampir) sepenuhnya serta bermata hitam. Kuda sabino adalah homozigot untuk alel SB1 dominan pada locus Sabino 1 yang dipetakan pada KIT.[3] Tanpa menjalani ujian DNA, kuda putih Sabino sukar dibezakan dengan kuda putih dominan. Alel Sabino1 dan corak tompok-tompok yang berkenaan dengannya terdapat pada baka-baka Miniatur, American Quarter, American Paint, Tennessee Walker, Missouri Fox Trotter, Mustang, kuda padi Shetland, dan Azteca.[4] Sabino 1 tidak pernah ditemui pada baka-baka Arab, Clydesdale,[3] Belima, Baka Baku, atau Shire. Alel Sabino 1 tidak dikaitkan dengan sebarang kecacatan kesihatan, tetapi kuda putih sabino mungkin memerlukan perlindungan daripada selaran matahari. Kuda yang memiliki hanya satu salinan gen Sabino1 biasanya mengalami pertompokan yang dramatis, termasuklah keputihan yang merebak ke hadapan kaki, putih merebak pada muka, tompok-tompok pada keratan tengah, dan jidar-jidar yang berceranggah atau kemerahan pada coraknya.[3]

Anak kuda Appaloosa "lahir putih" atau fewspot ini berbulu putih tetapi rata-rata berkulit merah muda.

Leopard kelahiran putih[sunting | sunting sumber]

Corak leopard complex yang berkenaan dengan gen Leopard (LP) mencirikan baka-baka Appaloosa dan Knabstrupper yang bertompok-tompok bulunya. Corak leopard secara genetiknya agak berbeza dengan semua corak putih dan tompok putih yang lain. Namun begitu, corak fewspot leopard (tompok jarang) mungkin menyerupai putih. Rupa bulu leopard complex dipengaruhi oleh dua faktor, iaitu: sama ada terdapatnya satu salinan (heterozigot LP/lp) atau dua salinan (homozigot LP/LP) alel leopard, serta setakat mana terdapat percorakan putih yang padat sewaktu lahir.[5] Jika seseekor anak kuda itu adalah homozigot untuk alel LP serta mempunyai percorakan putih yang padat dan meluas, maka ia akan tampak hampir sama sekali putih sewaktu lahir, malah mungkin akan terus mencerah sewaktu membesar. Di sesetengah negara, kuda ini digelar "lahir putih."[6] Anak kuda "lahir putih" agak jarang dalam kalangan kuda Appaloosa berbanding Knabstrupper atau Noriker kerana percorakan putih padat meluas ini digemari untuk menghasilkan corak leopard lengkap dramatik. Leopard homozigot memiliki genotip LP/LP dan mungkin bercorak varnish roan, fewspot leopard, atau snowcap. Kuda leopard homozigot jauh lebih terdedah kepada kerabunan malam kongenital tak ubah.[7] Kerabunan malam kongenital tak ubah terdapat sejak lahir lagi dan bercirikan kepincangan penglihatan dalam keadaan serba gelap.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Introduction to Coat Color Genetics" from Veterinary Genetics Laboratory, School of Veterinary Medicine, University of California, Davis. Web Site accessed January 12, 2008
  2. ^ Rieder, Stefan (2008-02-21). "Genetic Analysis of White Facial and Leg Markings in the Swiss Franches-Montagnes Horse Breed". Journal of Heredity. The American Genetic Association. 99 (2): 130–6. doi:10.1093/jhered/esm115. PMID 18296388. Dicapai pada 2009-07-03. Phenotypes may vary from tiny depigmentated body spots to white head and leg markings, further on to large white spotting and finally nearly complete depigmentation in white-born horses...White markings result from the lack of melanocytes in the hair follicles and the skin...A completely pigmented head or leg depends on the complete migration and clonal proliferation of the melanoblasts in the mesoderm of the developing fetus, thus ensuring that limbs and the head acquire a full complement of melanocytes Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ a b c UC Davis. "Horse Coat Color Tests". Veterinary Genetics Laboratory. University of California - Davis. Dicapai pada 2009-07-08. Horses with 2 copies of the Sabino1 gene, are at least 90% white and are referred to as Sabino-white.
  4. ^ Brooks, Samantha (2005). "The SNP was found among American Miniature Horses, American Paint Horses, Azteca, Missouri Fox Trotters, Shetland Ponies, and Spanish Mustangs."
  5. ^ Sheila Archer (2008-08-31). "Studies Currently Underway". The Appaloosa Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-24. Dicapai pada 2008-11-04.
  6. ^ "Die Farbmerkmale" (dalam bahasa German). Knabstrupper.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-18. Dicapai pada 2009-06-20.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ Sandmeyer, Lynne S. (2007). "CSNB and Leopard Complex in Appaloosas". 10 (6). American College of Veterinary Ophthalmologists: 368–375. doi:10.1111/j.1463-5224.2007.00572.x. PMID 17970998. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Cite journal requires |journal= (bantuan)