Kuih Apam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kuih apam .

Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia.

Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.

Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama.[1]

Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara, sama ada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit hidup”) iaitu kelapa yang masih belum cukup tua atau dengan kuah berempah (Terengganu).

Nama[sunting | sunting sumber]

Digelar kuih apam tepung beras kerana diperbuat daripada tepung beras.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kuih apam banyak dibuat dan ada dijual harian secara meluas dan tidak perlu ditempah lebih awal. Terdapat di pasar-pasar harian atau pasar malam.


Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Kuih apam mudah didapati.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]