Kuih Kelupis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kelupis merupakan sejenis kuih tradisional di Brunei, Sabah dan Sarawak. Kelupis merupakan hidangan istimewa yang sedap dihidang panas dan mudah didapati di pasar tamu. Kuih Kelupis ini sering dihidangkan sempena majlis perkahwinan dan juga majlis hari raya serta hari kebesaran yang lain.

Kuih Kelupis dibuat dari beras pulut dan santan yang dibungkus dalam daun Nyirik. Ia kemudiannya direbus dalam santan.

Kuih Kelupis ini kemudiannya boleh dihidang bersama kari ayam/daging, rendang, sambal dan banyak lagi.


Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]