Asam gumpal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kuih asam gumpal)
Jump to navigation Jump to search
Fail:Asam gumpal.jpg
Kuih asam gumpal.

Kuih asam gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan/ sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan.[1]

Kuih asam gumpal disediakan dengan menggunakan sagu biji yang telah direbus dengan air yang dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan rasa. Selepas itu sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir. Biasanya asam gumpal ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan (uukuran lama). Ia kemudiannya akan dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan perisa.

Kuih asam gumpal biasanya banyak dijual secara meluas dan cara membuatnya adalah mudah dan murah. Asam gumpal biasa dijual di pasar, pasar minggu, dan pasar tani.


Asal[sunting | sunting sumber]

Kuih asam gumpal ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu.[2] Kuih asam gumpal ada terdapat dijual secara meluas dan terdapat setiap masa sebagai hidangan petang. Ia mudah didapati dan harganya juga berpatutan.

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama asam gumpal mungkin diambil dari cara membuatnya, iaitu digumpal dengan tangan.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kuih asam gumpal ini lebih popular di sebelah pantai timur, terutama di Kelantan dan Terengganu yang biasa dan mempunyai banyak hidangan kuih yang dieprbuat dengan kuah santan pekat. Oleh kerana kos pembuatan yang rendah, ia banyak dijual begitu sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal.

Kuih asam gumpal kurang popular dinegeri lain di Malaysia, kemungkinannya disebabkan kuah bersantan pekat itu dianggap kurang baik bagi kesihatan dan kuahnya yang melekit menyukarkan ia dihidangkan di pejabat. Kuih asam gumpal biasanya dihidangkan secara berkuah dengan kuah santan pekat.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Kuih asam gumpal kurang diminati dikalangan golongan muda kerana ia merupakan sejenis kuih berhidang dan tidak boleh dimakan secara pantas. Selain itu kuahnya yang melekit dianggap menyelekehkan dan kuah santan pekat itu dianggap kurang baik bagi kesihatan.

Kuih asam gumpal sesuai untuk dijadikan sebagi makanan petang kerana rasanya yang sedap dan mengenyangkan.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]