Kuih bakul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuih bakul

Nian Gao/Kuih Bakul Asia Tenggara
Bahasa Cina:
Maksud harfiah: Kuih Tahun
Nama Cina alternatif
Bahasa Cina: 甜棵
Maksud harfiah: Kuih Manis

Kuih bakul (juga dieja kueh bakul dalam dialek Baba,[1] Jawi: کوءيه باکول Mal., Sin.[2]) atau kue keranjang (Ind.[2][3] tmsk Medan, Cina: 年糕; pinyin: nián gāo) ialah makanan Cina yang dibuat daripada tepung pulut dan gula[4] lalu dibentukkan seakan seperti dodol. Sungguhpun kuih ini boleh dimakan pada bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling selalunya dimakan ketika sambutan Tahun Baharu Cina.[5][6][7] Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya: "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "tahun demi tahun semakin tinggi" (年年高升, niánnián gāoshēng) atau mafhum ringkasnya, "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan dan bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Terdapat pelbagai jenis kuih bakul termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai dan masakan Kantonis dari Guangdong.

Biasanya kuih ini disusun menaik dengan kuih berbentuk mengkuk berwarna merah di bagian atasnya. Ini adalah sebagai simbol kehidupan manis yang kian menanjak dan mekar seperti kue mangkok.[8]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Kuih bakul Shanghai

Dalam masakan Shanghai[sunting | sunting sumber]

Jenis Shanghai biasanya dibungkus dalam batang yang tebal dan lembut agar dihiris atau dibungkus selepas dihiris, lalu sama ada dikacau goreng atau dicampur ke dalam sup. Bergantung kepada kaedah pemasakannya, gaya ini menghasilkan jenis yang lembut dan kenyal. Gaya Shanghai ini memastikan warna kuih bakul putih, iaitu ciri-ciri yang paling nyata.

Aapbila dihidangkan, kaedah yang paling biasa ialah kaedah kacau goreng, maka namanya "kuih bakul goreng" (炒年糕, pinyin: chǎo nián gāo). Terdapat tiga jenis yang biasa: yang pertama ialah hidangan enak yang ramuannya termasuk daun bawang, daging lembu, daging babi, kubis dsb; yang kedua ialah jenis manis yang menggunakan gula putih biasa; dan yang terakhir ialah jenis tawar yang selalu dimakan kerana teksturnya yang kenyal.


Kuih bakul Guangdong

Dalam masakan Kantonis[sunting | sunting sumber]

Jenis Guangdong pula dimaniskan, biasanya dengan gula perang, dengan warna kuning tuanya yang menonjol. Adunannya dituang ke dalam bekas kek dan dikukus sekali lagi untuk mengukuhkan adukannya. Adukan itu dikukus sehingga pejal dan dihidangkan dalam bentuk hirisan tebal. Kuih bakul ini menjadi tegang dan amat melekit. Kuih bakul ini boleh dimakan begitu sahaja, dan juga boleh dihidangkan sebagai puding yang berperisa air mawar atau adunan kacang merah.

Langkah seterusnya yang tidak semestinya dilakukan adalah menggoreng dengan kuali untuk membentuk "kuih bakul goreng kuali" (煎年糕, Jyutping: zine1 nin4 gou1, pinyin: jiān nián gāo). Apabila goreng, kuih menjadi sedikit rangup di luaran, dan kekal melekit di dalam. Ketika Tahun Baharu Cina, kuih ini dipotong kepada kepingan segi empat dan disajikan bersama hidangan dim sum kuih yang serupa seperti kuih taro dan kuih berangan.

Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Nian gao (年糕) atau thnii kuih (甜棵) (loghat Hokkien POJ: tiⁿ-kóe) atau tiam kuih (甜棵) (loghat Teochew/Chaozhou) dihidangkan untuk meraikan perayaan Tahun Baharu Cina oleh masyarakat Cina di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia and Thailand.

Disebabkan keadaan kuih ini yang kenyal dan kental, ianya dapat tahan disimpan lama sampai berbulan-bulan sekirannya disimpan atau disejukbeku dengan baik untuk dimakan lagi. Kuih bakul selalunya digoreng bersama-sama dengan ubi atau keledek. Sebagai ramuan sup, kuih bakul dicelup dan direbus untuk pelbagai jenis sup yang menggunakan kuih ini.

Di Indonesia, 'kue keranjang' ini amat terkenal dihasilkan di beberapa kota termasuk Tangerang, Bogor,[9] Sukabumi dan Yogyakarta[10] terutamanya semasa perayaan Tahun Baharu Cina.

Budaya lain[sunting | sunting sumber]

Japan dan Korea juga ada makanan pulut serupa yang tersendiri, masing-masing bernama mochi dan tteok.

Dua lapisan kuih bakul dengan isian adunan kacang merah yang manis.

Tujuan keagamaan[sunting | sunting sumber]

Bagi para penganut ajaran Tao, kuih ini merupakan makanan utama yang digunakan untuk upacara sembahyang (Jie Sie Siang Ang), 6 hari sebelum tahun baru. Kuih manisan yang melekit ini dipersembahkan untuk memujuk hati Dewa Dapur kerana ianya akan 'memaniskan serta melekitkan mulut' semasa Dewa Dapur bakal pergi ke syurga untuk memberi laporan tahunan kepada Maha Dewa Syurga (玉皇大帝)(Yu Huang Da Di) atau "Thnee Kong" (天公/thiⁿ-kong) dan dengan ini akan dapat memastikan Dewa Dapur memberi laporan yang baik nanti mengenai rumah tangga tersebut. Sebagai makanan yang dipersembahkan kepada dewa bagi upacara agama, biasanya ia hanya dimakan selepas Cap Goh Meh.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gwee, William Thian Hock (2006). "kueh bakul". Baba Malay Dictionary: The First Comprehensive Compendium of Straits Chinese Terms and Expressions. Tuttle Publishing. m/s. 113. ISBN 978-0-8048-3778-1.
  2. ^ a b "Nian Gao - Southeast Asian Recipes". Nyonya Cooking. 31 Januari 2014. Dicapai pada 2 April 2021.
  3. ^ "kue keranjang - KBBI Daring". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa. Dicapai pada 15 Mac 2019.
  4. ^ Adi (21 Februari 2007). "Barongsai, Kesenian China yang Kian Mengakar". Suara Karya. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-09. Dicapai pada 2019-03-15.
  5. ^ Angeline Maria Donna (17 Februari 2007). "Imlek, Tidak Cuma Angpao dan Kue Keranjang". Compas Cyber Media Community. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2019-03-15.
  6. ^ Rika Eridani (Februari 2001). "Mengenal Makanan Khas Imlek ala Indonesia, Mengandung Perlambangan Kemakmuran, Panjang Umur, dan Kebahagiaan". Sedap Sekejap. No. II (ed. 2). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-05. Dicapai pada 2019-03-15.
  7. ^ Imlek di Indonesia
  8. ^ "Makna simbolik hidangan Imlek". GangBaru.com,. 16 Februari 2007. Dicapai pada 22 Februari 2007 – melalui SiuTao.CS1 maint: extra punctuation (link)
  9. ^ "Melestarikan Tradisi Melalui Kue Keranjang". Kompas. 7 September 2006 – melalui budaya_tionghua, message:1810, Forum Budaya Tionghoa.
  10. ^ Bagus Kurniawan (27 Januari 2006). "Jelang Imlek di Yogyakarta, Kue Keranjang Laris Manis". Detik.com.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]