Kuih batang buruk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuih Batang Buruk
Kuih Batang Buruk
Tempat asal Malaysia
Dicipta olehOrang Melayu
Suhu penghidanganSuhu bilik
Bahan utamaTepung Beras. Tepung Gandum.
Keragaman/variasiManis dan rangup
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
38 kcal (159 kJ)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kuih Batang Buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular diMalaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng.[1]

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama kuih batang buruk kemungkinannya disebabkan dari rupanya yang berbentuk kayu reput tetapi diselitupi dengan serbuk kacang hijau menjadikannya seperti batang kayu buruk. Dari rupanya, ia digelar batang buruk. Semasa membentuk doh, biasanya acuan digunakan bagi membentuk doh silinder.[2]

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kuih batang buruk ini adalah popular diseluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja pada musim perayaan seperti seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha, dan tidak perlu ditempah lebih awal.


Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Kuih batang buruk sangat diminati dikalangan golongan muda dan tua sebagai makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Tepung kacang hijau yang digunakan bagi menyalut bahagian luarnya juga enak rasa yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu ralit ketika memakannya.

Resepi[sunting | sunting sumber]

Bahan Kulit:[sunting | sunting sumber]

  1. 1 kg tepun gandum
  2. 200g kelapa parut putih, digoreng keperangan, biar sejuk & kisar halus
  3. 2 camca tepung beras
  4. 1 biji telur - dipukul
  5. 2 camca serbuk penaik
  6. garam secukupnya
  7. 4 camca marjerin
  8. air secukupnya
  9. minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:[sunting | sunting sumber]

  1. 200g kacang hijau
  2. 180g gula kastor

Penyedian inti: Kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga berbau harum. Bila sejuk, kisar dengan gula hingga hancur, ketepikan.

Penyedian[sunting | sunting sumber]

Gaul tepung, kelapa goreng, tepung beras, telur, serbuk penaik, garam dan marjerin hingga sebati. Masukkan air dan uli menjadi doh. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 30 minit. Ambil sedikit, canai hingga nipis. Kemudian potong lebar anggaran 2cm (panjang 3.5-4cm). Lilit di sekeliling pelepah daun betik kemudian tanggalkan. Doh mesti keras sedikit agar gulungan tadi kekal bentuknya. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Bila sejuk, sumbat dengan inti.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kuih Tradisional Batang Buruk Masih Menjadi Pilihan". Berita Harian. 2015-07-13. Dicapai pada 2020-10-05.
  2. ^ "Mana Datang Nama Kuih Ini?". Astro Awani. 2019-05-23. Dicapai pada 2020-10-05.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]