Kuih butir nangka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Foodlogo.svg  Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
Gambar kuih butir nangka.


Kuih Butir Nangka atau juga dikenali sebagai pengat butir nangka, merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Kuih Butir Nangka merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan beras pulut, santan dan nisan / gula melaka. Secara tradisional, daun pandan dikisar bagi menghasilkan pewarna hijau, tetapi masa kini terdapat kuih butir nangka yang dicampur pewarna merah dan lain-lain.

Kuih Butir Nangka merupakan sejenis kuih berkuah dan mempunyai rasa yang berlemak. Pada masa kini, kuih Butir Nangka masih terdapat di pasaran.

Kuahnya diperbuat dari santan dan nisan / gula melaka, seperti pengat manis.

Nama[sunting | sunting sumber]

Kuih butir nangka digelar sedemikian kerana bentuknya yang bulat dan saiznya seperti butir nangka buah.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kuih Butir Nangka banyak dibuat, dan ada dijual harian secara meluas dan tidak perlu ditempah lebih awal. Bagaimanapun oleh kerana ia berkuah dan melekit, ia agak sukar dihidangkan dalam jamuan kerana memerlukan mangkuk untuk dihidangkan.


Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Kuih Butir Nangka kurang dikenali.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]