Kuih cek mek molek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cek mek molek
Nama alternatifCek mek
Tempat asalKelantan Terengganu
Kawasan/rantauSeluruh Malaysia
Bahan utamaUbi keledek, gula, tepung gandum dan minyak masak untuk menggoreng.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Cek mek molek (Jawi: چيق ميق موليق) atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dengan ubi keledek berwarna jingga yang dilenyekkan dan tepung gandum sebagai adunan dan gula sebagai inti, kemudian digoreng rendam.[1]

Nama[sunting | sunting sumber]

Kuih cek mek molek mendapat namanya, sedemikian kerana bentuknya yang bujur, licin dan molek.

Penyebaran[sunting | sunting sumber]

Kuih cek mek molek dibuat dan dijual di seluruh Malaysia. Ia biasanya dijual secara harian, dan mudah dijadikan kuih petang. Ia juga ada dijual di pasar malam dan tidak perlu ditempah lebih awal.

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Cek Mek Molek juga merupakan judul sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Datuk M. Daud Kilau, dan juga oleh Zahid AF2.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kuih Che Mek Molek" (dalam bahasa Inggeris). Tourism Terengganu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-03. Dicapai pada 10 Mei 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]