Kuih hasidah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuih hasidah
كؤيه هسيده
Nama alternatifKuih qasidah
Tempat asal Malaysia
Suhu penghidanganPanas atau Sejuk
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kuih hasidah atau juga digelar kuih Qasidah merupakan sejenis kuih tradisi[1] yang lemak dan manis. Ia dihasilkan dengan menggunakan campuran tepung dan minyak sapi dan gula.[2]

Pada kebiasaannya kuih hasidah akan dicanai bulat dan diletakkan di atas talam, sebelum bunganya dicekit, dengan menggunakan pengepit membentuk seperti sekuntum bunga mawar. Selepas itu, bawang goreng akan ditabur pada bahagian atasnya.[3]

Resepi[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

  • 300gm tepung gandum
  • 2 helai daun pandan
  • 2½ - 3 cawan santan dari satu biji kelapa
  • 1½ cawan gula, atau secukup manis yang diperlukan
  • 5 biji telur ayam, dipukul
  • 4 sudu besar minyak sapi
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning

Untuk hiasan

  • 10 biji bawang merah,dihiris nipis dan gaul sedikit garam, kemudian digoreng hingga kuning.

Cara penyediaan[sunting | sunting sumber]

Tepung disangai hingga ia berbau wangi dan kekuningan. Ketepikan dan biarkan ia sejuk sebentar. Kemudian tepung dicampurkan bersama santan, telur, daun pandan, secubit garam dan pewarna kuning, jika suka.

Kacau atas api kecil hingga pekat. Barulah dimasukkan gula. Kacau lagi hingga gula sebati dan kering, baru dimasukkan minyak sapi. Kacau lagi hingga keluar minyak.

Proses mengacau kira-kira 1½ - 2 jam. Bila telah menjadi seketul adunan yang lembut, bolehlah diangkat. Terapkan dengan acuan bentuk bunga teratai dan taburkan bawang goreng diatasnya. Boleh juga digentel bulat-bulat dan disepit menggunakan penyepit kuih bagi membentuk seperti bunga.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Makanan tradisi Terengganu tembusi pasaran Perth, Australia bulan lepas.
  2. ^ "Hasidah-Mingguan Wanita-Karangkraft". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-22. Dicapai pada 2015-02-22.
  3. ^ Kuih Qasidah