Kuih keria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kuih keria

Kuih keria (atau kuih gelang) merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair). [1]

Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika sarapan dan waktu minum petang.

Resipi[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

  1. 600 gm keledek
  2. 150 gm tepung gandum
  3. ¾ cawan gula putih
  4. Minyak
  5. Garam

Cara membuatnya[sunting | sunting sumber]

Ubi Keledek dibersihkan dan rebus sehingga masak. Setelah masak, biarkan sejuk dan kemudian ubi keledek tersebut dibuang kulitnya dan lecek hingga lumat.

Ubi keledek yang lenyet itu digaul bersama tepung dan garam sehingga sebati. Ambil satu camca adunan tadi, bulat-bulatkan dan kemudian leperkannya. Buat lubang dibahagian tengah adunan tadi.

Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ke dalam kuali adunan yang telah siap satu persatu dan goreng sehingga kekuningan. Setelah semua selesai, ketepikan. Masak gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering.

Kemudian masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan di dalam kuali supaya diselaputi gula. Kemudian bolehlah dihidangkan.

Perbezaan[sunting | sunting sumber]

Di antara donut dengan kuih ini, bahan adunan kuih ini tidak mengandungi ibu roti atau yis. Bahan adunan untuk donut adalah bahan adunan untuk membuat roti dan mengandungi yis, mankala adunan untuk kuih keria ini bukan melalui proses seperti donut. Donut dikategorikan sebagai roti dan roti penaik (roti yang dinaikkan dengan yis).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • ^ MStar-online-Kuih Keria Keledek.