Kuih keseri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesari merupakan sejenis kuih tradisional masyarakat India.

Ianya merupakan hidangan manis yang boleh didapati ketika majlis keramaian dan upacara sembahyang juga.

Kesari dihasil menggunakan tepung suji, gula, minyak sapi, buah kismis dan gajus serta pewarna kuning.

Terdapat banyak syarikat pengeluar rempah-ratus tempatan dan India menghasilkan campuran Kesari yang boleh diperolehi di kedai kedai.


Resepi Kesari[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan ( Penghasilan tradisional)[sunting | sunting sumber]

400 gm suji
300 gm gula
300 gm gula
100 gm minyak sapi dibahagi 2
50 gm gajus
50 gm buah kismis
3 biji buah pelaga ditumbuk halus*
( abaikan jika tiada)
sedikit pewarna kuning

Cara pembuatannya[sunting | sunting sumber]

Tepung suji digoreng bersana 1/2 bahagian minyak sapi hingga sebati dan diketepikan. Biji gajus dan buah kismis digoreng bersama minyak sapi pula secara berasingan.

Kemudian panaskan lagi sikit minyak sapi goreng serbuk buah pelaga, tepung suji, gula, kismis dan sedikit pewarna kuning. Masukkan sedikit air sekiranya adunan terlalu pekat.

Kacau hingga adunan tidak melekat pada periuk dan angkat dan ratakan dalam acuan dan aturkan buah gajus. Biarkan sehingga sejuk dan dipotong untuk dihidangkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]