Kuih koci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuih koci
Kuih koci.
JenisMakanan Sunting ini di Wikidata
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantau Singapura
 Indonesia
 Malaysia
Suhu penghidanganPanas atau Sejuk
Bahan utamaPulut Sunting ini di Wikidata
Tenaga makanan
(setiap hidangan)
183 kcal (766 kJ)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kuih koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya. Di Malaysia ia popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan.

Kuih koci ini agak lembut dan dibuat nyanyian

"Ada sejenis kuih tiga segi.... Di luar tepung di dalamnya inti... Makanan orang tiada bergigi..."

Resepi[sunting | sunting sumber]

Bahan-Bahan:[sunting | sunting sumber]

  1. 1 bungkus tepung pulut
  2. 2 mangkuk santan (setengah mangkuk
  3. santan dimasak hingga pecah minyak)
  4. Sedikit garam
  5. Daun pisang yang telah dilayur secukupnya

Bahan membuat inti:[sunting | sunting sumber]

  1. 1 biji kelapa parut
  2. ½ cawan gula kabung
  3. 1 cawan gula pasir
  4. 2 helai daun pandan

Cara membuatnya[sunting | sunting sumber]

Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali. Campurkan dengan sedikit air, kemudian jerangkan ke atas api yang sederhana. Kacaukan inti hingga merengas dan hampir kering. Kemudian bolehlah diangkat dan diketepikan. Untuk menyediakan bahan tepung, tepung pulut tadi hendaklah diadun dengan santan mentah yang telah dicampur dengan sedikit garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk. Kemudian, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Kemudian bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak. Setelah itu bungkuslah adunan itu. Buat sehingga selesai. Setelah siap, sediakan alat pengukus dan kukuslah adunan tadi hingga masak.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

  • Kuih Mochi, sejenis kuih tradisional Jepun yang juga diperbuat dari tepung pulut.
  • Kuih Tepung Gomak, sejenis kuih tepung pulut yang juga berasal daripada pantai timur Semenanjung Malaysia.
  • Kuih Bugis, sejenis kuih yang berasal dari Makassar, Indonesia dan dikait dengan suku kaum Bugis.
  • Kuih Mendut, sejenis kuih dari Jawa, Indonesia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]