Kuih matahari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Kuih matahari (太阳饼, disebut Tai Yang Bing) ialah sejenis makanan snek yang masyhur di Taiwan, berasal dari bandar Taichung. Intinya lazim terdiri daripa maltosa (gula malta pekat), dan ia biasanya dijual dalam kotak hadiah khas sebagai cenderamata untuk para pengunjung.

Sesetengah kedai pastri kuih matahari masyhur sentiasa mempunyai barisan orang menunggu yang panjang untuk membeli kuih matahari yang siap dikotak.

Bentuk kuih matahari adalah bulat, dengan pelbagai saiz. Kuih ini dicirikan oleh kulitnya yang rangup. Banyak orang memakannya dengan teh Cina, dan sesetengah orang melarutkan kuih matahari dalam air panas untuk membuat suatu pencuci mulut seperti bubur.

Asal-usul kuih matahari[sunting | sunting sumber]

Kuih atau kek mahatari pertama kali dibuat oleh keluarga Lin di kawasan She-Ko Kaunti Taichung. Keluarga Lin menggunakan gula malta pekat sebagai inti untuk pastri kek. Kemudian, pembuat pastri Wei Qing-hai mengubahsuaikan kek ini menjadi bentuk yang kini.[1]

Walaupun tidak digelar "kuih matahari" pada awalnya, kuih ini mendapat nama sekarang oleh pemilik "Sun Booth"[2], salah satu kedai pastri termasyhur yang menjualnya. Nama itu tidak dipatenkan, dan kedai pastri lain menggunakan nama yang sama untuk kuih matahari mereka sendiri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]