Kuih serabai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuih serabai.

Kuih serabai merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Kuih serabai diperbuat dari tepung beras, dimasak nipis (macam lempeng) dan dimakan bersama kuah sirap gula melaka dan santan memberikan rasanya lemak manis.

Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali pada bulan Ramadan. Ia popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah.

Di sesetengah negeri, kuih serabai juga biasa dihidangkan pada kenduri arwah, biasanya ia dihidangkan pada hari kelima arwah. Nama lain bagi kuih serabai adalah "kuih mayat".


Pautan luar[sunting | sunting sumber]