Tepung gomak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kuih tepung gomok)
Tepung gomak
تڤوڠ ݢومق
Nama alternatifgomok
kuih abuk-abuk
kuih habuk-habuk
Tempat asal Malaysia
Kawasan/rantau Johor
 Kelantan
 Terengganu
Dicipta olehSemenanjung Tanah Melayu
Suhu penghidanganSuhu bilik
Bahan utamaKacang hijau , tepung pulut , tepung kacang hijau , kelapa parut , gula melaka
Keragaman/variasiMochi , Kuih koci , Tepung bungkus
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tepung gomak (Jawi: تڤوڠ ڬومق) , Gomok (Jawi: ڬوموق) merupakan sejenis kuih yang popular di Johor dan Pantai Timur Semenanjung seperti Kelantan dan Terengganu[1][2]. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat getel dengan inti kelapa manis bagi belah pantai timur , manakala negeri Johor menggunakan inti kacang hijau . Bahagian luar tepung gomak dilumurkan dengan tepung kacang hijau untuk mengelakkannya daripada melekat sesama sendiri.

Asal[sunting | sunting sumber]

Tepung gomak berasal daripada Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Johor dan Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu . Secara amnya masyarakat Melayu Johor memang menamai kuih tersebut sebagai Tepung gomak ada tiga istilah bagi Melayu Johor iaitu gomak pertama bermaksud getah , gomak kedua bermaksud debu , gomak ketiga bermaksud kacang hijau . Tepung gomak versi Johor menggunakan inti kacang hijau . Masyarakat di Kelantan pula menamainya sebagai Gomok , manakala Terengganu pula menamainya sebagai kuih abuk-abuk atau kuih habuk-habuk variasi Pantai Timur menggunakan inti kelapa parut .

Nama[sunting | sunting sumber]

Asal usul kata gomak tidak dapat dipastikan ; kemungkinannya berkait dengan kata "gemuk" sempena bentuk kuih yang bulat besar , masyarakat Melayu Johor pula mentafsirkan gomak terbahagi kepada tiga istilah iaitu sebagai getah , debu dan kacang hijau .[perlu rujukan]

Dalam budaya popular[sunting | sunting sumber]

Tepung gomak kurang diminati di kalangan golongan muda sebagai makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Tepung pulut yang digunakan bagi menyalut bahagian luarnya juga melekit pada jari orang yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.[penyelidikan asli?]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "tepung gomak". Kamus Dewan (ed. 4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  2. ^ "gomok II". Kamus Dewan (ed. 4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]