Kuil Abeyadana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kuil Abeyadana merupakan sebuah kuil Buddha yang terletak di Pagan, Myanmar (Burma).[1]

Kuil Abeyadana dipercayai diilhamkan oleh permaisuri Raja Kyanzittha (1084–1112 C.E.). Kuil Abeyadana terdiri daripada kuil pusat segi empat, besar yang bersambung dengan dewan segi empat. Patung Buddha batu-bata yang besar tersergam di kuil ini; dengan hiasan frescoes dewa-dewa Hindu di dinding sebelah dalam, seperti dewa Brahma, dewa Vishnu, dewa Siva, and dewa Indra.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lagenda menyatakan bahawa semasa pemerintah Bagan yang terkenal, Kyansittha melarikan diri daripada abangnya, Raja Sawlu, dia merancang untuk bertemu dengan kekasihnya, Abeyadana, di mana kuil itu didirikan kini. Oleh kerana kekasihnya lewat tiba, dia tertidur berhampiran. Ketika kekasihnya sampai, ida mendapati seekor naga kembang leher melindungi Kyansittha yang sedang tidur. Dia menjerit, mengejutkan Kyansittha, dan naga itu lari. Kyansittha menganggap tindakan naga sebagai ramalan bahawa dia akan menjadi raja. Apabila dia ditabalkan sebagai raja pada tahun 1084, dia membina kuil ini, yang dinamakan sempena isterinya Abeyadana, kini isterinya.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]