Kuil Gigi Buddha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuil dan Muzium Gigi Buddha
新加坡佛牙寺龍華院
Buddha Tooth Relic Temple and Museum
Pemandangan malam kuil dari
tingkat 7 blok HDB berdekatan Map
Info asas
Lokasi288 South Bridge Road; Singapura 058840
AgamaBuddhisme
NegaraSingapura
Laman webBuddha Tooth Relic Temple and Museum
Disiapkan pada2007[1]

Kuil dan Muzium Gigi Buddha (Cina Ringkas: 新加坡佛牙寺龍華院; pinyin: Fóyásì Lónghuáyuàn, bahasa Inggeris: Buddha Tooth Relic Temple and Museum) adalah kompleks kuil dan muzium agama Buddha terletak di daerah Kreta Ayer, pusat bandar Singapura. Kuil bergaya seni bina Cina ini dibina bagi menempatkan suatu bahan peninggalan dipercayai serpihan gigi dari Gautama Buddha yang dikatakan dijumpai pada suatu stupa yang runtuh;[2] barang tinggalan ini dapat dilihat orang ramai di tingkat ketiga dan teratas kuil.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Kesemua ciri kuil dibina mengikut kelaziman semasa zaman dinasti Tang.

Luaran[sunting | sunting sumber]

Pada atapnya terdapat suatu pagoda iaitu "Pagoda Laksa Buddha" (萬佛閣 Wànfó-gé)berupa astaka di tengahnya menempatkan 11,111 orang suci dan bodhisatwa dalam kedudukan padmasana dengan tangan bermudra; terdapat suatu roda mantera bertulis sebanyak 3,000 naskhah tulisan suci.

Tingkat bawah[sunting | sunting sumber]

Gerbang pintu utama kuil iaitu Shānmén (山門) terdiri daripada 3 pintu kayu berhias paku dan pengetuk berupa kepala singa dari loyang. Pintu ini menuju kepada "Dewan Seratus Naga" (百龍殿 Bǎilóng-diàn), dewan ini berketinggian 25 kaki menempatkan suatu patung Maitreya duduk atas dua kelopak bunga teratai. Terdapat juga suatu "Dewan Bijaksana Dunia" (圓通殿 Yuántōng-diàn) menempatkan suatu tugu Guanyin bertangan enam melambangkan enam alam samsara diapit dewa penjaga (dharmapala) bersenjatakan vajra.

Di mezanin terletaknya Muzium Sangha Gemilang (戒光館; Jièguāng guǎn) menempatkan maklumat mengenai sami biksu terkenal yang menyumbang utama kepada amal jariah dan pendidikan agama Buddha baik di dalam dan luar negara.

Tingkat pertama[sunting | sunting sumber]

Tingkat kedua[sunting | sunting sumber]

Tingkat ketiga[sunting | sunting sumber]

Tingkat ini menempatkan bahan peninggalan gigi Buddha yang disebut-sebutkan di Dewan Cahaya Suci (靈光殿; Língguāng-diàn). Di tengah dewan terletak stupa berkubah payung 7 meletakkan gigi ini yang berukuran 7.5sm diamati sesetengah orang terlalu panjang dari gigi manusia,[2][3] suatu gambaran mandala Wairocana dihiasi lampu cantik. Pada setiap sudut dewan terletak sebatang tiang mirip binaan maharaja Asoka dengan ukiran patung singa di hulunya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The History of the Buddha Tooth Relic Temple & Museum". Dicapai pada 4 Mei 2020.
  2. ^ a b "Origin of BTRTM". Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2011. Dicapai pada 5 Januari 2011.
  3. ^ Wei, Tan Dawn; Toh, Mavis (20 Julai 2007). "Is Buddha tooth in Singapore the real McCoy?". The Buddhist Channel. The Straits Times. Dicapai pada 7 April 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]