Kuil Shri Mariamman
Kuil Shri Mariamman atau dikenali sebagai kuil untuk Dewi Mariamman, adalah tempat ibadat yang didedikasikan kepada Dewi Mariamman, dewi hujan, kesuburan, dan penyembuhan. Keberadaan banyak kuil ini di bandar-bandar Asia disebabkan oleh beberapa faktor sejarah, budaya, dan migrasi Orang Tamil. Dewi Mariamman merupakan dewi yang sangat dihormati dalam tradisi Tamil, terutama di India Selatan. Beliau dipercayai sebagai pelindung dari penyakit seperti cacar air dan dipercayai membawa hujan, hasil tanaman, dan kesejahteraan.
Migrasi Tamil
[sunting | sunting sumber]Semasa era penjajahan British, ramai orang Tamil berhijrah ke pelbagai bahagian Asia, termasuk Malaysia, Singapura, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, dan lain-lain, untuk bekerja sebagai buruh di ladang dan pelabuhan. Komuniti ini membawa budaya, agama, dan tradisi mereka, termasuk pemujaan Mariamman, dan membina kuil di tempat mereka menetap.Dalam kepercayaan Tamil, Mariamman dianggap sebagai pelindung orang yang berada jauh dari tanah air mereka. Oleh itu, kuil-kuil ini didirikan untuk memohon perlindungan dan kesejahteraan bagi komuniti Tamil di tanah asing.
Senerai Kuil Mariamman
[sunting | sunting sumber]Di Luar India
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa kuil bernama Kuil Sri Mariamman/Kuil Sri Maha Mariamman di seluruh dunia:
Afrika Selatan
[sunting | sunting sumber]Indonesia
[sunting | sunting sumber]Malaysia
[sunting | sunting sumber]- Kuil Sri Maha Mariamman Devasthana Sabha, Arau
- Kuil Sri Mariamman, Pulau Pinang
- Kuil Sri Maha Mariamman, Ipoh
- Kuil Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur
- Arulmigu Rajamariamman Devasahanam, Johor Bharu
- Kuil Sri Maha Mariamman Temoh