Kulat (kartunis)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ruhisham Hashim
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranKulat
Karya terkenal
Mat Metal

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Kulat(nama pena) atau nama penuh beliau Ruhisham Hashim, merupakan pelukis komik Malaysia yang banyak menghasilkan karya di majalah Gila-Gila. Dia juga merupakan ketua bagi kumpulan GG Group. Kartunis Kulat pernah menghasilkan kartun MAT METAL yang sangat popular di majalah Gila-Gila.

Selain melukis untuk majalah, kulat juga banyak menghasilkan kartun dalam bentuk kad ucapan. Kulat kini masih aktif melukis untuk ilustrasi buku, termasuk Siri Cereka Sains terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. (Up&D) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja Malaysia MBBY). UP&D turut memenangi hadiah penghargaan melalui penulisnya iaitu Ruhisham Hashim (Kulat) dan beberapa penulis lain. Antara Karya ilustrasi Ruhisham Hashim (kulat) ialah The Legend of Flying Cats, Clokie the Talking Clock Tower, Celebrating with the Annual Dwarf, Papie the Magic Paper dan The Greedy Doctor Barr.

Bagi Kulat pula, karya-karyanya berfungsi sebagai medium kepada pendedahan awal kanak-kanak terhadap dunia buku dan pembacaan. Oleh itu, ia disampaikan menerusi ilustrasi yang menarik. Latar belakang beliau sebagai kartunis dan ilustrator banyak membantu mengenal pasti pendekatan dan bentuk ilustrasi yang sesuai dalam sembilan siri karya tersebut.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.