Pergi ke kandungan

Kultus (amalan agama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kultus ialah penjagaan atau pemeliharaan (Latin: cultus) yang diberikan kepada dewa dan tempat ibadat mereka seperti kuil, makam suci, atau gereja; kultus diwujudkan melalui ritual dan upacara. Ia diadakan atau pernah diadakan di kuil, tempat keramat, gereja, dan imej kultus, termasuk persembahan ancak di tapak semah.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Cicero mentakrifkan religio sebagai cultus deorum, iaitu "pemeliharaan dewa".[1] "Pemeliharaan" yang diperlukan untuk mengekalkan sesebuah dewa tertentu adalah cultus dewa itu, atau "kultus", yang memerlukan "pengetahuan untuk memberikan apa yang layak kepada dewa" (scientia colendorum deorum).[2] Kata nama cultus berasal daripada partisipel lampau kata kerja colo, colere, colui, cultus, yang bermaksud "menjaga, memelihara, mengusahakan", pada asalnya bermaksud "mendiami, menetap" dan seterusnya "menjaga, mengusahakan tanah (ager); mengamalkan pertanian", yang merupakan aktiviti asas dalam identiti Rom walaupun Rom sebagai pusat politik telah diurbanisasikan sepenuhnya.

Cultus sering diterjemahkan sebagai "kultus" tanpa konotasi negatif seperti dalam bahasa Inggeris, atau dengan perkataan "penyembahan", tetapi ia membawa maksud keperluan untuk memelihara secara aktif dan bukan sekadar pemujaan pasif. Cultus dianggap penting kepada para dewa sebagai tanda penghormatan dan penghargaan; ia merupakan aspek hubungan timbal balik dalam agama Rom.[3] Augustine dari Hippo menggemakan rumusan Cicero ketika beliau menyatakan, "agama tidak lain hanyalah kultus Tuhan".[4]

Istilah "kultus" mula muncul dalam bahasa Inggeris pada tahun 1617, berasal daripada perkataan Perancis culte, yang bermaksud "penyembahan", yang seterusnya berasal daripada perkataan Latin cultus yang bermaksud "pemeliharaan, penjagaan, penyembahan". Maksud "pembaktian kepada seseorang atau sesuatu" muncul pada tahun 1829. Bermula sekitar tahun 1920, "kultus" memperoleh lebih banyak takrifan, biar positif atau negatif. Dalam bahasa Perancis, misalnya, bahagian-bahagian dalam akhbar yang memaparkan jadual ibadat bagi sembahyang Katolik diberi tajuk Culte Catholique, manakala bahagian yang memaparkan jadual sembahyang Protestan diberi tajuk culte réformé.

Amalan keagamaan yang boleh dilihat

[sunting | sunting sumber]

Dalam konteks khusus kultus wira Yunani, Carla Antonaccio menulis:

Istilah kultus merujuk kepada corak tingkah laku ritual yang berkaitan dengan objek tertentu dalam kerangka koordinat ruang dan masa. Ritual termasuk (tetapi tidak terhad kepada) doa, korban, persembahan semah, pertandingan, perarakan dan pembinaan monumen. Pengulangan di tempat dan waktu tertentu diperlukan agar sesuatu kultus dapat dijalankan dan diamalkan.[5]

Dalam Gereja Katolik, amalan yang boleh dilihat dalam cultus ialah istilah teknikal bagi devosi Katolik atau penghormatan yang diberikan kepada orang kudus, bukan kepada Tuhan. Katolik dan Gereja Ortodoks Timur membuat perbezaan utama antara latria, iaitu penyembahan yang hanya diberikan kepada Tuhan, dan dulia, iaitu penghormatan kepada para orang kudus, termasuk penghormatan kepada Maria, yang disebut sebagai hyperdulia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Cicero, De Natura Deorum 2.8 dan 1.117.
  2. ^ Clifford Ando, The Matter of the Gods (University of California Press, 2009), hlm. 6.
  3. ^ Ando, The Matter of the Gods, hlm. 5–7; Valerie M. Warrior, Roman Religion (Cambridge University Press, 2006), hlm. 6; James B. Rives, Religion in the Roman Empire (Blackwell, 2007), hlm. 13, 23.
  4. ^ Augustine, De Civitate Dei 10.1; Ando, The Matter of the Gods, hlm. 6.
  5. ^ Antonaccio, "Contesting the Past: Hero Cult, Tomb Cult, and Epic in Early Greece", American Journal of Archaeology 98.3 (Julai 1994: 389–410) hlm. 398.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Jensen, Adolph E. (1963). Myth and Cult among Primitive Peoples. University of Chicago Press.
  • Larson, Jennifer (1995). Greek Heroine Cults. University of Wisconsin Press.
  • Larson, Jennifer (2007). Ancient Greek Cults: A Guide. Routledge. ISBN 978-0-415-32448-9.