Kumaresan Aramugam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

YB Tuan Kumaresan a/l Aramugam dilahirkan pada tahun 1987 di Batu Gajah, Perak. Beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N35 Batu Uban, Pulau Pinang telah bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 (ke-14).

YB Tuan

Kumaresan Aramugam

ADUN
Anggota Dewan Undangan
untuk Batu Uban, Pulau Pinang
Memegang jawatan
2018
Didahului olehParti Keadilan Rakyat logo.svg Jayabalan A. Thambyappa
Majoriti17,273 (2018)
Naib Ketua PKR cabang Bayan Baru
Dalam jawatan
2022–2025
Butiran peribadi
Lahir1987 (35 tahun)
Batu Gajah, Perak
Parti politikPakatan-harapan-logo.svg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg
PekerjaanAhli Politik

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

YB Tuan Kumaresan a/l Aramugam berasal dari Batu Gajah, Perak merupakan anak bongsu daripada keseluruhan 4 orang adik beradik. Beliau telah mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf sehingga tingkatan 6. Beliau kemudian melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM) di jurusan Pengurusan.


Kerjaya Politik & NGO[sunting | sunting sumber]

Semasa menuntut USM, YB Kumaresan bergiat aktif di aktiviti kampus dan beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Publisiti Persatuan Kebudayaan India USM. Sebenarnya, minat terhadap politik telah mula membuak di hati sanubari beliau sejak zaman universiti lagi. Dibekalkan dengan semangat serta minat beliau itu, maka beliau telah membuat permohonan untuk membuat Latihan Pratikal dengan YB Sim Tze Tzin, ahli Parlimen Bayan Baru sebagai staf intern. Prestasi, komitmen cermerlang dan minat dalam politik yang dipaparkan oleh beliau sepanjang menjadi staf intern telah menjadi kelebihannya di mana beliau ditawarkan untuk menjadi pembantu peribadi kepada YB Sim Tze Tzin. Sejak itu, beliau telah bergiat aktif dalam persada politik seperti menganjurkan program-program kemasyarakatan untuk rakyat, menyelesaikan, mendengar keperluan dan masalah rakyat. Beliau juga diberi tugas untuk menjadi kordinator Program Kewarganegaraan Parti Keadilan Rakyat di Pulau Pinang. Dengan bimbingan N. Surendran, peguam hak asasi manusia, pada tahun 2012 beliau telah menubuhkan 'task force' KEADILAN bagi membantu dan memperjuangkan nasib golongan tiada kerakyatan “stateless” khususnya di Pulau Pinang dan juga di peringkat Nasional. Beliau telah membantu mereka yang menghadapi masalah mendapatkan kewarganegaraan (IC Biru), sijil kelahiran dan status kerakyatan negara ini. Di samping itu, beliau juga membantu mendaftarkan ramai pelajar yang tidak mempunyai kerakyatan untuk masuk ke sekolah bagi melanjutkan pelajaran.[1][2][3][4] Sumbangan, pencapaian, keprihatinan beliau telah membolehkan beliau terpilih untuk menyertai pelbagai program latihan politik khusus untuk pemimpin politik muda di dalam dan luar negara antaranya di Jerman, Singapura, Cambodia, Filipina, Thailand dan India. Atas kepercayaan dan sumbangan beliau kepada PKR beliau dilantik sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang dimana beliau merupakan Ahli Majlis termuda mewakili PKR di PBT. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis MBPP sebanyak 4 penggal sejak 2014-2018. Sepanjang berkecimpung sebagai anggota PBT, beliau telah banyak membawa isu-isu tempatan dan sering kali memohon PBT untuk memberi keutamaan untuk projek pembangunan dan menaiktaraf infra di kawasan. Segala sumbangan dan pencapaian Kumaresan selaku Ahli Majlis mendapat pengikhtirafan apabila PKR telah memutuskan untuk memilih beliau sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018. Beliau merupakan calon tunggal India yang diangkat daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) iaitu cabang pemuda Parti . Parti telah mencalonkan beliau untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Batu Uban N35, Pulau Pinang. Sepanjang penglibatan dalam bidang politik , beliau telah diberikan amanah untuk memimpin beberapa jawatan / portfolio. Antara jawatan-jawatan politik yang pernah disandang oleh beliau adalah :

  1. Naib Pengerusi, Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang (MPNPP)
  2. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang
  3. Exco Angkatan Muda Keadilan Pusat (2014-2018)
  4. Setiausaha Cabang Bayan Baru (2013-2018)

Di samping bergiat aktif dalam arena politik beliau juga turut terlibat di dalam kegiatan badan bukan kerajaan ( NGO ) . Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah:

  1. Pengerusi Negeri, Majlis Belia India Malaysia (MIYC)
  2. Pengerusi, Pertubuhan Belia Hindu Cawangan Bayan Baru (HYO)

Penglibatan Dalam Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Pada PRU14 beliau menang dengan undi 21,079 iaitu majoriti 17,273 undi dalam saingan 4 penjuru. Beliau telah menewaskan calon BN, PAS dan dua orang Calon Bebas.[5] [6] [7] [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-13. Dicapai pada 2019-05-13.
  2. ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/01/11/stateless-children-appeals-to-go-back-to-school/1551749
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-13. Dicapai pada 2019-05-13.
  4. ^ https://www.thesundaily.my/archive/pkr-advances-cases-stateless-children-penang-nrd-YUARCH522045
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-06. Dicapai pada 2019-05-06.
  6. ^ http://pru14.spr.gov.my/#!/home
  7. ^ https://election.thestar.com.my/penang.html
  8. ^ https://graphics.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/Interactives/2018/05/malaysia-general-elections-live-results/index.html