6ixth Sense (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan 6ixth Sense)
Lompat ke: pandu arah, cari
6ixth Sense
6ixthSense.jpg
Latar belakang
Berasal dari Malaysia
Genre Pop / Rock / Emo
Label Rumpun Record SDN BHD
Universal Music SDN BHD
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman sesawang http://www.myspace.com/6ixthsense
Ahli Adi
Gjie
Wan
Ayoy
Athan
Bekas ahli Airbone

6ixth Sense merupakan kumpulan gitar rancak yang dianggotai oleh 5 anak muda asal Malaysia dan Indonesia yang mula aktif di persada seni Nusantara sejak 2005. Kumpulan ini juga dikenali sebagai Tirta di Indonesia. Ia diasaskan oleh Mujahid Wahad, A&R daripada Universal Music. Sejak pengeluaran album pertama pada 2006, kumpulan ini telah berjaya menjual lebih 100,000 unit album fizikal dan lebih 2 juta muat turun secara digital menerusi 4 buah album studio mereka. Kumpulan ini disifatkan sebagai antara artis dengan jualan album terbaik di rantau ASEAN pada lewat 2000an dan awal 2010an. Mereka telah memenangi trofi di Anugerah Industri Muzik dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2010.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kumpulan 6ixth Sense terdiri daripada lima orang anak muda iaitu Mohd Faiz Azizi (Gjie) selaku pemain gitar utama, Safuan Hasnan (Wan) selaku pemain drum, Muhd Azmi (Air Bone) selaku pemain gitar kedua (yang kemudiannya digantikan dengan Athan), Mohd Fairuz (Ayoy) selaku pemain bass dan Adi Priyo Sambodo (Adi) selaku vokalis. 6ixth Sense merupakan kumpulan muzik pertama dengan gabungan pemuzik Malaysia dan Indonesia.

Kumpulan ini menamakan diri mereka “Sixth Sense” kerana berkebolehan menggunakan panca deria untuk menjiwai serta mencipta muzik. 6ixth Sense yakin dapat bersaing dengan mana-mana kumpulan muzik ketika ini. Melihat pada pencapaian mereka, jelas terbukti mereka boleh memberikan impak kepada perkembangan muzik tanahair.

Para pemainat 6ixth sense biasa di sebut dengan 6ixth lovers

Mereka memulakan kerjaya seni sebagai sebuah kugiran yang bermain di majlis perkahwinan. Setelah mendapat tempat di hati peminat, 6ixth Sense telah dilamar menjadi artis rakaman pada tahun 2005 walaupun industri muzik tempatan ketika itu diuliti dengan pelbagai masalah seperti cetak rompak dan kemasukkan artis-artis luar negara yang banyak.

Di awal penubuhan, salah seorang pemuzik dari Indonesia telah mencadangkan nama pemuda Indonesia, Adi Priyo Sambodo yang kepada pengurus 6ixth Sense, Mujahid Abdul Wahab. Setelah berjaya menunjukkan kebolehan vokalnya, Adi diterbangkan dari Indonesia ke Malaysia untuk memulakan kerjayanya sebagai penyanyi utama 6ixth Sense.

Lebih 5,000 buah album telah terjual setelah album pertama mereka iaitu Hari Ini dilancarkan pada 2 Jun 2006. Kumpulan ini yang mempertaruhkan lagu yang pernah dipopularkan oleh J. Mizan pada era 70an, ‘Hari Ini Dan Semalam’ sebagai single pertama mendapat sambutan yang menggalakkan daripada stesen-stesen radio tempatan. Malah, lagu tersebut berada di tempat kedua di Carta Era selama beberapa minggu. Terdapat 11 buah lagu di dalam album ini seperti termasuk ‘Maafkanku’, ‘Berjanjilah’, ‘Seandainya’, ‘Mama Papa’, ‘Pesona’ dan ‘Pawana’.

Syarikat rakaman mereka, Universal Music percaya bahawa kumpulan tersebut dapat diterima oleh peminat muzik Indonesia berdasarkan adanya Adi sebagai vokalis utama serta konsep kumpulan tersebut iaitu progresif pop-rock.

Ahli[sunting | sunting sumber]

6ixth Sense - 6ixth Sense.jpg

Ahli Sekarang

  • Adi (penyanyi utama)

Adi Priyo Sambodo merupakan penyanyi utama 6ixth Sense. Beliau berasal dari Jember, Indonesia. Beliau lahir pada (1983-10-01) 1 Oktober 1983 (umur 33). Antara lagu ciptaanya adalah seperti Khatimah Cinta dan Hikayat Cinta.

  • Gjie (pemain gitar)

Mohd Faiz Azizi Arlis merupakan gitaris utama 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada (1985-11-23) 23 November 1985 (umur 31). Antara lagu yang diciptanya adalah seperti Tanpa, Maafkanku dan Kelam

  • Athan (pemain gitar)

Shahrul Effendy merupakan ahli terbaru 6ixth Sense yang menggantikan Airbone di posisi gitar kedua. Beliau menggantikan Airbone sejak Airbone menyatakan hasratnya untuk menarik diri selepas penghasilan album kedua mereka. Dikhabarkan Atan akan bersama 6ixth Sense untuk album ketiga dan seterusnya nanti. Atan yang sebelum ini memang telah lama mengenali anggota 6ixth Sense dan sentiasa mengikuti persembahan kumpulan itu mengakui tidak mempunyai masalah untuk menyerasikan diri dalam kumpulan tersebut malah mereka telah berkawan rapat.

  • Wan (pemain dram)

Mohd Safwan Hasnan merupakan pemain dram 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada (1987-04-25) 25 April 1987 (umur 30). Antara lagu yang diciptanya adalah Tak Bisa Memilihmu dan Tanpa

  • Ayoy (pemain bass)

Mohd Fairos Ramli merupakan pemain bass 6ixth Sense. Beliau berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada (1985-07-31) 31 Julai 1985 (umur 32).

Bekas Ahli

  • Airbone (pemain gitar)

Mohd Azmi Yahaya merupakan bekas pemain gitar 6ixth Sense. Beliau berasal Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau lahir pada (1985-12-15) 15 Disember 1985 (umur 31). Beliau telah menyatakan hasrat untuk menarik diri sebaik mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Tempat yang dikosongkan oleh Airbone kini diganti oleh ahli baru iaitu Shahrul Effendy atau lebih mesra dikenali sebagai Atan.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  1. Hari Ini dan Semalam
  2. Maafkanku
  3. Hikayat Cinta
  4. Tak Bisa Memilihmu
  5. Begitu Indah (Cinta)
  6. Tanpa
  7. Rayuan Gombal
  8. Dari Hati
  9. Cinta Yang Sempurna - duet bersama Noe (Letto)
  10. Khatimah Cinta
  11. Mimpi Sepi (OST Filem Gadoh 2009)
  12. Yang Sempurnakanku
  13. Menyesal
  14. Sepi
  15. Cinta Matiku (OST Hani)
  16. Pemilik Hati
  17. Penerang Hati - duet bersama Saujana
  18. Altar Cinta
  19. Bukan Milik Kita
  20. Cintaku Padamu Seluas Angkasa (Selawat)
  21. Sebuah Maksud (OST Aku Isterinya)
  22. Manisnya Cinta (OST Manisnya Cinta Di Cappadocia)
  23. 7 Kali Malam Minggu
  24. Indah Bersanding

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]