Kumpulan 77

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan 77 atau Group of 77 (G77) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu merupakan gabungan negara-negara membangun, yang direka untuk menggalakkan kepentingan ekonomi kolektifnya dan mewujudkan kapasiti perundingan bersama yang dipertingkatkan di PBB.[1] Terdapat 77 anggota pengasas organisasi ini, namun pada November 2013 ia telah berkembang kepada 134 negara keanggotaan.[2] Meskipun China terlibat dalam G77, namun ia mengaggap sebagai anggota dan semua kenyataan rasmi dikeluarkan atas nama Kumpulan 77 dan China (The Group of 77 and China).

Kumpulan ini telah ditubuhkan pada 15 Jun 1964, oleh "Deklarasi Bersama oleh Tujuh Puluh Tujuh Negara" yang dikeluarkan di Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).[3] Mesyuarat pertama telah diadakan di Algiers pada tahun 1967, dimana Piagam Algiers telah diterima pakai asas untuk struktur institusi tetap dimulakan.

Kumpulan itu telah dikreditkan dengan pendirian bersama terhadap apartheid dan untuk menyokong perlucutan senjata global.[4] Mereka juga menyokong Orde Ekonomi Antarabangsa Baru.[4][5]

Pada tahun 2019, Palestin dipilih menjadi pengerusi G77.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Negara-negara G77 sehingga tahun 2013

Sehingga Julai 2017, kumpulan ini terdiri daripada semua negara anggota PBB (bersama-sama dengan Palestin), kecuali:

  1. Ahli Majlis Eropah kecuali Bosnia Herzegovina
  2. Ahli Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, kecuali Chile
  3. Ahli Commonwealth of Independent States Free Trade Area, kecuali Tajikistan
  4. Dua negara mikro Kepulauan Pasifik : Palau dan Tuvalu.

Ahli pengasas semasa[6][sunting | sunting sumber]

  1.  Afghanistan
  2.  Algeria
  3.  Argentina
  4.  Benin[a]
  5.  Bolivia
  6.  Brazil
  7.  Burkina Faso[b]
  8.  Burundi
  9.  Kemboja
  10.  Cameroon
  11.  Republik Afrika Tengah
  12.  Chad
  13.  Chile
  14.  Colombia
  15.  Republik Demokratik Congo (Kinshasa)
  16.  Congo (Brazzaville)
  17.  Costa Rica
  18.  Republik Dominika
  19.  Ecuador
  20.  Mesir[c]
  21.  El Salvador
  22.  Habsyah
  23.  Gabon
  24.  Ghana
  25.  Guatemala
  26.  Guinea
  27.  Haiti
  28.  Honduras
  29.  India
  30.  Indonesia
  31.  Iran
  32.  Iraq
  33.  Jamaica
  34.  Jordan
  35.  Kenya
  36.  Kuwait
  37.  Laos
  38.  Lubnan
  39.  Liberia
  40.  Libya
  41.  Madagaskar
  42.  Malaysia
  43.  Mali
  44.  Mauritania
  45.  Maghribi
  46.  Myanmar[d]
  47.    Nepal
  48.  Nicaragua
  49.  Niger
  50.  Nigeria
  51.  Pakistan
  52.  Panama
  53.  Paraguay
  54.  Peru
  55.  Filipina
  56.  Rwanda
  57.  Arab Saudi
  58.  Senegal
  59.  Sierra Leone
  60.  Somalia
  61.  Sri Lanka[e]
  62.  Sudan
  63.  Syria
  64.  Tanzania[f]
  65.  Thailand
  66.  Togo
  67.  Trinidad dan Tobago
  68.  Tunisia
  69.  Uganda
  70.  Uruguay
  71.  Venezuela
  72.  Vietnam
  73.  Yaman

}}

  1. ^ Joined as Dahomey.
  2. ^ Joined as Upper Volta.
  3. ^ Menyertai sebagai Republik Arab Bersatu.
  4. ^ Menyertai sebagai Burma.
  5. ^ Menyertai sebagai Ceylon.
  6. ^ JMenyertai sebagai Republik Bersatu Tanganyika dan Zanzibar.

Ahli semasa lain[sunting | sunting sumber]

  1.  Angola
  2.  Antigua dan Barbuda
  3.  Bahamas
  4.  Bahrain
  5.  Bangladesh
  6.  Barbados
  7.  Belize
  8.  Bhutan
  9.  Bosnia dan Herzegovina
  10.  Botswana
  11.  Brunei
  12.  Tanjung Verde
  13.  Comoros
  14.  Côte d'Ivoire
  15.  Cuba
  16.  Djibouti
  17.  Dominika
  18.  Guinea Khatulistiwa
  19.  Eritrea
  20.  Fiji
  21.  Gambia
  22.  Grenada
  23.  Guinea-Bissau
  24.  Guyana
  25.  Kiribati
  26.  Lesotho
  27.  Malawi
  28.  Maldives
  29.  Kepulauan Marshall
  30.  Mauritius
  31. Persekutuan Mikronesia Micronesia
  32.  Mongolia
  33.  Mozambique
  34.  Namibia
  35.  Korea Utara
  36.  Nauru
  37.  Oman
  38.  Palestin
  39.  Papua New Guinea
  40.  Qatar
  41.  Saint Kitts dan Nevis
  42.  Saint Lucia
  43.  Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine
  44.  Samoa
  45.  São Tomé dan Príncipe
  46.  Seychelles
  47.  Singapura
  48.  Kepulauan Solomon
  49.  Afrika Selatan
  50.  Sudan Selatan
  51.  Suriname
  52.  Eswatini
  53.  Tajikistan
  54.  Timor-Leste
  55.  Tonga
  56.  Turkmenistan
  57.  Emiriah Arab Bersatu
  58.  Vanuatu
  59.  Zambia
  60.  Zimbabwe

China[sunting | sunting sumber]

G77 menyenaraikan China sebagai salah satu ahlinya.[2] Kerajaan China memberikan sokongan politik yang konsisten kepada G77 dan telah membuat sumbangan kewangan kepada G77 sejak tahun 1994, tetapi ia tidak menganggap dirinya sebagai ahli.[7] Oleh itu, semua kenyataan rasmi G77 dinamakan sebagai Kumpulan 77 dan China.[8]

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  1.  New Zealand menandatangani "Deklarasi Bersama Negara-negara Membangun" yang asal pada bulan Oktober 1963, tetapi menarik diri dari kumpulan sebelum pembentukan G77 pada tahun 1964 (ia menyertai OECD pada tahun 1973)
  2.  Mexico merupakan negara pengasas, namun keluar dari kumpulan setelah menyertai OECD pada tahun 1994. Pernah menjadi pengerusi pada tahun 1973-1974 dan 1983-1984; walau bagaimanapun Mexico masih ahli G-24.
  3.  Korea Selatan merupakan negara pengasas, namun keluar dari kumpulan selepas menyertai OECD pada tahun 1996.
  4.  Yugoslavia merupakan negara pengasas. Sehingga akhir 1990-an, ia masih disenaraikan sebagai ahli, namun dengan nota bahawa ia "tidak boleh menyertai dalam aktiviti-aktiviti G77." Ia telah dikeluarkan pada senarai pada penghujung 2003. Pernah menjadi pengerusi pada tahun 1985-1986. Bosnia dan Herzegovina merupakan satu-satunya bekas negara Yugoslavia yang masih berada dalam G77.
  5.  Cyprus merupakan negara pengasas, namun tidak lagi disenaraikan setelah secara rasmi menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 2004.
  6.  Malta telah dimasukkan ke dalam kumpulan ini pada tahun 1976, namun tidak lagi disenaraikan setelah secara rasmi menjadi ahli Kesatuan Eropah pada tahun 2004.
  7.  Palau menyertai kumpulan ini pada tahun 2002, namun menarik diri pada tahun 2004 setelah memutuskan untuk bersama Alliance of Small Island States dalam menjaga kepentingan alam sekitar.
  8.  Romania diterima masuk ke dalam kumpulan ini pada tahun 1976, namun tidak lagi disenaraikan pada tahun 2007 apabila Romania diterima masuk Kesatuan Eropah.

Negara yang menjadi pengerusi[9][sunting | sunting sumber]

Negara pengerusi G77 sejak 1970. Warna-warna menunjukkan jumlah negara tersebut menjadi pengerusi G77. Kelabu = tidak pernah, Kuning = sekali, Jingga = dua kali, Merah = tiga kali
Negara pengerusi Tahun
 India 1970–1971
 Peru 1971–1972
 Mesir 1972–1973
 Iran 1973–1974
 Mexico 1974–1975
 Madagaskar 1975–1976
 Pakistan 1976–1977
 Jamaica 1977–1978
 Tunisia 1978–1979
 India 1979–1980
 Venezuela 1980–1981
 Algeria 1981–1982
 Bangladesh 1982–1983
 Mexico 1983–1984
 Mesir 1984–1985
 Yugoslavia 1985–1986
 Guatemala 1987
 Tunisia 1988
 Malaysia 1989
 Bolivia 1990
 Ghana 1991
 Pakistan 1992
 Colombia 1993
 Algeria 1994
 Filipina 1995
 Costa Rica 1996
 Tanzania 1997
 Indonesia 1998
 Guyana 1999
 Nigeria 2000
 Iran 2001
 Venezuela 2002
 Maghribi 2003
 Qatar 2004
 Jamaica 2005
 Afrika Selatan 2006
 Pakistan 2007
 Antigua dan Barbuda 2008
 Sudan 2009
 Yaman 2010
 Argentina 2011
 Algeria 2012
 Fiji 2013
 Bolivia 2014
 Afrika Selatan 2015
 Thailand 2016
 Ecuador 2017

Kumpulan 24[sunting | sunting sumber]

Negara G24.
  Negara anggota
  Negara pemerhati

Kumpulan 24 atau Group of 24 (G24) merupakan bahagian daripada G77 yang ditubuhkan pada tahun 1971 untuk menyelaraskan kedudukan negara-negara membangun dalam isu-isu kewangan dan pembangunan kewangan antarabangsa serta untuk memastikan bahawa kepentingan mereka diwakili secukupnya dalam rundingan mengenai perkara-perkara kewangan antarabangsa. Setiap ahli G24, kecuali Mexico, merupakan ahli G77. Meskipun keahlian G24 hanya terbuka untuk 24 negara, namun ahli-ahli lain dalam G77 boleh turut serta dalam perbincangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ About the Group of 77:Aims
  2. ^ a b "The Member States of the Group of 77". The Group of 77 at the United Nations.
  3. ^ About the Group of 77:Establishment
  4. ^ a b Satpathy (2005). Environment Management. Excel Books India. m/s. 30. ISBN 978-81-7446-458-3.
  5. ^ Malgosia Fitzmaurice; David M. Ong; Panos Merkouris (2010). Research Handbook on International Environmental Law. Edward Elgar Publishing. m/s. 567–. ISBN 978-1-84980-726-5.
  6. ^ Signed the "JOINT DECLARATION OF THE SEVENTY-SEVEN DEVELOPING COUNTRIES".
  7. ^ "七十七国集团(Group of 77, G77)". Ministry of Foreign Affairs of the People's Republic of China. July 2016. 中国不是77国集团成员,但一贯支持其正义主张和合理要求,与其保持良好合作关系,在经社领域一般以“77国集团加中国”的模式表达共同立场。中国自1994年开始每年向其捐款,2014年起捐款每年5万美元。
  8. ^ "Statement on behalf of the Group of 77 and China by H.E. Mr. Horacio Sevilla Borja, Permanent Representative of the Republic of Ecuador to the United Nations, at the opening session of the 4th Prepcom established by General Assembly resolution 69/292: Development of an international legally binding instrument under UNCLOS on the conservation and sustainable use of marine biological diversity of areas beyond national jurisdiction (New York, 10 July 2017)". www.g77.org. Mr. Chair, I have the honour to deliver this statement on behalf of the Group of 77 and China.
  9. ^ "Presiding Countries of the Group of 77 in New York". The Group of 77 at the United Nations.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]