Al Amin (kumpulan nasyid)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Al Amin)

Kumpulan Al-Amin ialah sebuah kumpulan nasyid kanak-kanak di Malaysia yang aktif sekitar akhir 1990-an. Kumpulan Al-Amin telah ditubuhkan sebagai satu kumpulan nashid kanak-kanak pada tahun 1998. Kumpulan Al-Amin ketika itu telah diurus oleh Impian Production, Kuala Ketil, Kedah dan di anggotai oleh lima orang anggota yang berusia di bawah 12 tahun, iaitu Mohd Zulkhairee, Mohd Najib, Mohd Hazwan, Mohd Asri dan Mohd Fazli. Kesemua mereka telah di pilih melalui pertandingan nasyid anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan diuruskan oleh saudara Amar yang menjadikan kumpulan ini terkenal, terutama di kawasan utara tanah air.

Kumpulan Al-Amin menonjolkan lagu-lagu yang berkonsepkan muzik dan lagu yang sederhana yang bersesuaian dengan semua golongan masyarakat, yang bertemakan ketuhanan,kedamaian dan kasih sayang.

Sehingga kini, sungguhpun anggota asal kumpulan Al-Amin telahpun saling bertukar ganti, kumpulan Al-Amin masih lagi mengekalkan konsep kumpulan kanak-kanak dan mendendangkan lagu-lagu bersesuaian dengan citarasa kanak-kanak dan semua lapisan. Bakat-bakat baru telah dicungkil oleh pihak pengurusan untuk menggantikan anggota kumpulan Al-Amin yang mengundurkan diri, dengan mengesan bakat-bakat baru melalui pertandingan-pertandingan nasyid,Al-Quran dan Azan.

Kumpulan Al-Amin dengan bakat baru uang dicungkil terdiri daripada Amir Saufi b Romli, Mohd Amirul b. Azmi, Mohd Khasfi b. Azizan, Mohd Faisal b. Mohd Azhar, Mohd Hashimi b. Yunan dan Mohd Mushrif b. Zulkhairi. Mereka semua merupakan dari Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak-Langgar, Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana-Ayer Hitam, Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa-Jitra, Kedah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sri Amar DiRaja-Alor Setar, Kedah.

Kumpulan Al-Amin sering diundang bagi mengadakan persembahan bersama-sama dengan kumpulan nasyid terkenal tanahair separti kumpulan Rabbani, kumpulan Hijjaz, kumpulan In-Team, dan kumpulan Firdaus dalam beberapa persembahan-persembahan amal daripada pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan swasta.

Selain itu salah seorang anggota Al-Amin juga berkesempatan untuk merakamkan album Al-Quran (juzuk a’mma) bersama Hijjaz Records. Beliau ialah Mohd Mushrif b. Zulkhairi dan kini dalam proses perbincangan untuk album terbaru.

Album Kumpulan Al-Amin[sunting | sunting sumber]

  1. Album pertama mereka "Untuk Mu Tersayang" terbitan Impian Production, diurus oleh Amar.
  2. Album kedua "Cahaya Kehidupan" terbitan De Al-Amin Entertaiment, Alor Setar, Kedah.
  3. Album surah lazim Al-Amin terbitan Hijjaz Records dan edaran EMI.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah penampilan terbaik astro pertandingan nasyid dan marhaban sempena bulan ramadhan 2007.

Kini mereka merancang bagi menggabungkan ahli lama dan baru, iaitu ahli baru Mohd Faisal dan Mohd Hashimi Yunan serta diperkasakan dengan kehadiran semula Amir Saufi dari Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam anggota lama yang dipanggil semula memantapkan lagi vakol kumpulan Al-Amin dalam persediaan album terbaru kumpulan ini di bawah De Al-Amin Intertaiment dan kerjasama Impian Production(Amar) dan Hijjaz Records.

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Untukmu Tersayang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]