Atmosfera (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Atmosfera)
Atmosfera
Berasal dariMalaysia Keningau, Sabah
GenrePop
Tahun aktif2009 (2009) – sekarang
Syarikat rakaman
Rusa Music
Pengkarya berkait
Floor 88
AhliHezron Rayner
Hazrenol Rayner

Kumpulan Atmosfera ialah sebuah kumpulan dari Sabah yang terdiri daripada 2 orang adik-beradik iaitu Hezron Rayner dan Hazrenol Rayner. [1] Mereka berasal dari Keningau, Sabah.[2]

Hezron Rayner adalah abang dan Hazrenol Rayner adalah adik. Mereka berdua telah membina rumah tangga dan berkahwin dengan wanita pilihan mereka dan masing-masing mempunyai 2 orang anak.

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya hanya Hezron sahaja melibatkan diri dalam bidang nyanyian sekitar tahun 2009. Lagu pertama yang dicipta oleh Hezron bertajuk Kau Putuskan Aku. Selepas itu, Hazrenol (ataupun Ganak) mula meminati untuk menghasilkan karya. Sejak itu, mereka aktif mencipta lagu, merakam dan memuat naik karya ke dalam YouTube.[3]

Karier mereka bermula dengan sering memuat naik video mereka membuat "cover lagu" dan juga menyanyi lagu sendiri iaitu "Si Kici" yang secara langsung menjadi popular dan membuat mereka mendapat tawaran dari indiependant label AC29 Studio (Keningau) dan kemudian mengikat kotrak bersama Rusa Music(Kuala Lumpur).

Nama Atmosfera dipilih mereka bagi menggambarkan kumpulan mereka diterima oleh peminat dengan baik.[4] Pada tahun 2019,perjalanan kerier nyanyian adik-beradik ini mula perlahan, seakan terhenti seketika, dipercayai disebabkan isu pembayaran royalti diantara komposer lagu (atmosfera) dan pihak label management.

Sebelum ini mereka bekerja sebagai tukang kayu di kilang kayu di Keningau, setelah beberapa lagu mereka berjaya dan mendapat banyak panggilan kerja untuk bernyanyi mereka berhenti menjadi tukang kayu dan menjadi penyanyi sepenuh masa. Akan tetapi, sekitar 2020 selepas covid melanda Hezron Atmosfera (Abang), mengambil keputusan untuk focus kepada kerjayanya sebelum ini (sekarang manager kilang). Namun Hazrenol @ Ganak Atmosfera (Adik) masih aktif bergiat dalam bidang nyanyian & lakonan, terbaru dikhabarkan formasi atmosfera telah berubah dari duo ke band, dengan penyertaan tiga anggota baru diposisi drum, bass dan guitar. Atmosfera merakam & menerbitkan single yang bertajuk "Aalexander graham bell" secara indipendant pada 2-Sep-2022 di channel youtube official mereka.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • Gadis Kg. Nuntunan
  • Sendiri (ft. Ren Ellvenna)
  • Berakhirlah Sudah
  • Semua Gagal
  • Hagemaru
  • I.F.Y. Single Selalu
  • Cinta Terpendam
  • Kau Putuskan Aku
  • Demi Si Kici
  • Benar-Benar Sayang
  • Tak Tahu Malu
  • Original Sabahan (ft. Floor 88)
  • Menahan Pilu
  • Bosan Bosan
  • Ayam Tendaha
  • Berakhir Ramadhan
  • Kaamatan - Floor 88 & Atmosfera - 26 May 2022
  • Alexander Graham Bell - 02 Sep 2022

Album[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Rujukan
2017 Anugerah Juara Lagu - Berakhirlah Sudah Separuh Akhir [5]
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rafiq Mazlan (Oktober 26, 2017). "Visi seni Atmosfera: Mahu angkat status duo". Sinar Harian. Dicapai pada September 22, 2018.
  2. ^ "Biodata Hezron & Hazrenol Atmosfera, Penyanyi Adik-Beradik Lagu Berakhirlah Sudah". Azhan.co. April 16, 2017. Dicapai pada Mei 9, 2017.
  3. ^ "Mungkinkah Kumpulan Atmosfera Akan Berakhir?". Hiburan Sabah. Februari 23, 2017.
  4. ^ Kesabaran Atmosfera berbaloi.
  5. ^ "ATMOSFERA teruja lagu ciptaan bapa di Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu". Suara Sabah. Oktober 29, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-09. Dicapai pada September 22, 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]