Kumpulan Baling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Baling merupakan sejenis kumpulan batuan yang terdapat di Semenanjung Malaysia yang dinaik taraf daripada Formasi Baling. Kumpulan Baling berusia sekitar Ordovisi hingga Devon oleh Foo (1983).

Ahli-ahli Kumpulan Baling yang terakhir terdiri daripada Formasi Kroh, Tuf Grik dan Kuartzit Papulut.

Kumpulan Baling tidak lagi sesuai diguna pakai pada masa kini kerana kajian terkini menaik taraf Tuf Grik kepada Formasi Gerik yang berusia Perm, manakala Kuartzit Papulut dimasukkan dalam Formasi Kroh.

Asal-usul nama[sunting | sunting sumber]

Formasi Baling mula diperkenalkan oleh Burton (1970) untuk menerangkan singkapan batuan-batuan yang terdapat di sekitar Baling, Kedah. Burton (1972) menaik taraf Formasi Baling sebagai Kumpulan Baling dan mewujudkan Formasi Kroh sebagai ahli dalam kumpulan batuan tersebut.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Batuan dalam Kumpulan Baling bertaburan di sekitar Baling dan sebahagian Pengkalan Hulu dan Gerik dalam daerah Hulu Perak, Perak.

Korelasi[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Baling dikorelasikan dengan Formasi Mahang yang dipisahkan oleh jasad granit.

Komposisi batuan[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, Formasi Baling terdiri daripada batuan yang berkarbon yang berwarna gelap.

Burton (1970) mengelaskan Formasi Baling kepada 4 fasies.

Jones (1973) mengelaskan batuan ini kepada 4 unit batuan dan mewujudkan fasies piroklas.

Foo (1983) kemudian memasukkan Batu Lodak Grik dan Tuf Lawin sebagai sebahagian Formasi Bendang Riang kerana kedua-duanya wujud secara tempatan.

Burton (1986) menaik taraf Formasi Baling kepada Kumpulan Baling yang terdiri daripada 3 formasi batuan iaitu Formasi Kroh, Tuf Grik dan Kuartzit Papulut.

MT-JGSC (2009) menarafkan semula Kumpulan Baling sebagai Formasi Kroh serta menaraf dan mengeluarkan Tuf Grik daripada Kumpulan Baling kepada Formasi Gerik yang telah dikenal pasti berusia Perm.

Fasies

(Burton, 1970)

Keterangan Fasies Formasi

(Burton, 1972)

Formasi

(Jones, 1973)

Formasi

(Foo, 1983)

Formasi (Burton, 1986) Formasi (MT-JGSC, 2009)
Formasi Baling Fasies batu kapur Lapisan dan kekanta batu kapur biasanya berwarna putih, berlapisan tebal dan masif, telah termetamorf dan menghablur semula. Di beberapa lokasi batu kapur ini berwarna gelap dan berkarbon. Kumpulan Baling Formasi Kroh Kumpulan Baling Formasi Bendang Riang Kumpulan Baling Formasi Bendang Riang

Batu Lodak Grik dan Tuf Lawin wujud secara tempatan dalam Kuartzit Papulut dan Formasi Bendang Riang

Kumpulan Baling Formasi Kroh Formasi Kroh Fasies berkapur
Fasies argilit Fasies ini paling dominan dengan syal yang telah termetamorf membentuk honfel dan filit berwarna gelap. Fasies argilit
Fasies argilit berkapur Batuan honfels bergred lodak yang keras berwarna hijau hingga kelabu. Batuan ini terbentuk akibat metamorfisma ke atas fasies argilit berkapur. Batu Lodak Grik Fasies silika berkapur
Fasies arenit Batu pasir protokuartzit berbutir sederhana dan mengandungi sedikit mika dan adakala berselang lapis dengan syal nipis.

Batu pasir di kawasan berhampiran bukit batu kapur mengandungi mineral berkalsium.

Ahli kuartzit? Kuartzit Papulut Kuartzit Papulut

Batu Lodak Grik dan Tuf Lawin wujud secara tempatan dalam Kuartzit Papulut dan Formasi Bendang Riang

Kuartzit Papulut Fasies arenit
- - Batuan tuf riolit dan riodasit. Ahli tuf? Tuf Lawin Tuf Grik Formasi Gerik

Penentuan usia[sunting | sunting sumber]

Penentuan usia batuan Kumpulan Baling ditentukan berdasarkan penemuan fosil-fosil pada lapisan fasies batuan.

Usia Fosil
Devon Emsian

(Devon Bawah)

  • Tentakulit (Nowakia acuaria, Styliolina sp.)
  • Brakiopod (Plectodonta pacifica, Plectodonta burtonae, Perakia undulata)
  • Trilobit (Trinodus, Solenocharpes, Pseudotrinodus aenigma, Blanidalmanites nubelania, Bailielloides inexpectans, Harpes kylindrorhachis)
Silur Silur Atas Tiada fosil ditemui.
Silur Tengah
Llandovery

(Silur Bawah)

Graptolit (Monograptus sp., Spirograptus sp.)