Black Rose

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Black Rose)
Jump to navigation Jump to search
Black Rose
Blackrose1991.jpg
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Blackrose
Berasal dariMalaysiaMalaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1988 - 1994
2014 (reunion)
Syarikat rakaman
1990 - 1994: BMG Music
2014: Happy Campers Productions
Pengkarya berkait
Saari Amri, Headwind
Laman sesawang
Blackrose 2014
AhliBard - Vokal & Gitar
Jepp - Gitar
Mario - Bass
Bekas ahliAjin - Vokal
Sha'arin - Dram
Man - Gitar Utama
Amir - Vokal

Kumpulan Black Rose adalah sebuah kumpulan rock Malaysia yang pernah aktif pada awal tahun 90-an[1] dan menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Berbeza dengan kumpulan lain yang terarah kepada muzik rock yang keras dan berat, Black Rose lebih berpaksikan muzik American Glamrock yang masih baharu dalam industri muzik tanah air pada ketika itu.

Single daripada album pertama mereka yang menggunakan nama kumpulan sebagai judul album, Penantian ciptaan komposer terkenal Saari Amri dan lirik oleh Mario Blackrose telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tempatan. Lagu Penantian juga telah membawa kumpulan ini ke peringkat akhir Juara Lagu '91 setelah menjadi juara bulanan pada April 1991.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Black Rose telah ditubuhkan pada tahun 1988 oleh empat sahabat iaitu Mario (bass), Jepp (gitar kedua), Bard (vokal & gitar utama) dan Sha'arin (dram) yang merupakan lepasan sekolah tinggi.

Pada awalnya, mereka hanya bermain muzik secara suka-suka sahaja. Sehinggalah pada suatu hari, mereka mencuba nasib dengan menghantar demo tape mereka kepada BMG Pacific pada tahun 1990. Pengurus A&R di BMG pada ketika itu, Aziz Bakar dan Zulkif Headwind telah tertarik dengan identiti muzik glamrock yang dibawa oleh mereka di mana ia merupakan sesuatu yang baharu di Malaysia. Atas faktor itulah Aziz telah meminta Zulkif untuk menerbitkan album pertama untuk kumpulan Black Rose.

Sebelum proses memasukkan vokal berlangsung, mereka mengadakan sesi uji bakat untuk mencari vokalis memandangkan BMG mahukan kumpulan ini menambah seorang anggota. Hasil uji bakat tersebut, mereka telah mengambil bekas pemain dram kumpulan Wizards, Ajin sebagai vokalis Black Rose. Setelah proses rakaman album siap sepenuhnya, maka terhasillah album pertama Black Rose pada penghujung tahun 1990 dengan menggunakan nama kumpulan sebagai judul album.

Album pertama Black Rose ternyata mendapat sambutan di luar jangkaan apabila album tersebut mencatatkan jualan yang sangat membanggakan. Berbekalkan single Penantian dan Cinta Abadi, kumpulan ini tidak mengambil masa yang lama untuk meraih populariti. Bukan itu sahaja, penampilan mereka yang ranggi turut menjadi ikutan peminat rock pada ketika itu. Lagu Penantian ciptaan Saari Amri dan lirik oleh pemain bass Black Rose, Mario juga mara ke pertandingan akhir Juara Lagu 1991.

3 tahun selepas itu, mereka menghasilkan album kedua yang berjudul Rock 'N' Roll. Pada waktu ini, kumpulan ini mengalami pertukaran apabila dua anggota kumpulan Cinema, Amir (vokal) dan Lan (gitar) masuk menggantikan Ajin dan Man yang keluar selepas membuat persembahan di AJL 1991. Dalam album ini, mereka turut menggunakan dua pemuzik undangan di posisi dram iaitu Leman dan Zan setelah pemain dram asalnya, Sha'arin keluar untuk menyambung pengajiannya di luar negara. Selepas album tersebut dipasarkan, anggota Black Rose telah membawa haluan masing-masing.

Anggota Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Black Rose 1988-1989 :

  • Bard - Vokal & Gitar Utama
  • Jepp - Gitar Kedua
  • Mario - Bass
  • Sha'arin - Dram


Black Rose 1990 :

  • Ajin - Vokal
  • Bard - Gitar Utama
  • Jepp - Gitar Kedua
  • Mario - Bass
  • Sha'arin - Dram[2]


Black Rose AJL 1991 :

  • Ajin - Vokal
  • Man - Gitar Utama (dari Kumpulan Etika)
  • Jepp - Gitar Kedua
  • Mario - Bass
  • Sha'arin - Dram


Black Rose 1994 :

  • Amir - Vokal (dari Kumpulan Cinema)
  • Lan - Gitar Utama (dari Kumpulan Cinema)
  • Jepp - Gitar Kedua
  • Mario - Bass
  • Leman & Zan - Dram (sessionist)


Black Rose 2014 :

  • Bard - Vokal & Gitar
  • Jepp - Gitar
  • Mario - Bass

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Blackrose (1990)[sunting | sunting sumber]

  1. Perdaya
  2. Simfoni 14/2
  3. Penantian
  4. Arca
  5. Aku Mercedes Rock n' Roll
  6. Mawar Hitam
  7. Hanya Mimpi
  8. Remaja
  9. Tetap Menanti
  10. Cinta Abadi

Rock N' Roll (1994)[sunting | sunting sumber]

  1. Cover girl
  2. memori
  3. mona
  4. rock n roll
  5. mengejar mimpi
  6. sakit perut live
  7. rock n roll romeo
  8. mr jack daniel
  9. black rose 
  10. cinta abadi

Single[sunting | sunting sumber]

Cinta Abadi 2014 (2014)[sunting | sunting sumber]

Anugerah & Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu ke-6[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Komposer Penulis Lirik Keputusan
1991 Penantian Saari Amri Mario Dicalonkan

Reunion[sunting | sunting sumber]

Bard, Mario dan Jepp telah memulakan projek penggabungan semula (reunion) pada tahun 2014. Mereka merakamkan semula lagu Cinta Abadi dalam versi baru dan telah menerima lebih daripada 23,000 tontonan di Youtube.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Pada awal kemunculan mereka dalam industri muzik tanah air, mereka telah menjadi kegilaan para peminat disebabkan penampilan mereka yang lebih terkini (up-to-date) dan rupa paras mereka yang tampan terutamanya Ajin (vokal) dan Sha'arin (dram).
  • Ajin merupakan adik kepada kartunis Cabai yang terkenal dengan siri Tiga Dara Pingitan. Sepertimana kakaknya, Ajin juga berbakat besar dalam seni lukis. Kulit album pertama kumpulan rap, 4U2C pada tahun 1992 adalah rekaan Ajin.
  • Sebelum menganggotai Black Rose, Ajin pernah menjadi pemain dram untuk kumpulan Wizards.
  • Bard merupakan vokalis asal Black Rose merangkap gitaris.
  • Sha'arin yang berdarah kacukan Melayu-Cina pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon Ida Nerina tetapi sudah berpisah[3] dan kini merupakan suami kepada pelakon dan pengacara Yasmin Hani Richardson.[4]
  • Sha'arin juga adalah abang kepada pelakon dan pengacara Qi Razali yang juga merupakan pemain dram kumpulan OAG.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bubar ketika di puncak
  2. ^ Jangan Kaitkan Sha'arin Dengan Black Rose.
  3. ^ Sha'ari, Salwa (14 Disember 2010). "Ida Nerina & Shahrin Bercerai Talak Satu". MStar. Star Media Group Berhad. Dicapai pada 27 Julai 2019. 2 Jun 2006 merupakan perkahwinan kedua bagi Ida dan Shahrin
  4. ^ "Yasmin Hani Akhirnya Menjadi Milik Sha'arin". MStar. Star Media Group Berhad. 20 Oktober 2011. Dicapai pada 27 Julai 2019. Dengan sekali lafaz, pelakon Yasmin Hani Richardson,32, sah bergelar isteri kepada bekas pemain dram kumpulan Black Rose, Sha'arin Mohammed Razali

Pautan luar[sunting | sunting sumber]