Bumi Putra Rockers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Bumiputera Rockers)
Jump to navigation Jump to search
Bumi Putra Rockers
Kumpulan Bumiputra Rockers 19 - maghrib - selamat pagi malaysia.jpg
Kulit album kumpulan Bumi Putra Rockers
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
BPR
Berasal dariJohor Bahru, Johor, Malaysia
GenreRock
PekerjaanPenyanyi / Pemuzik
InstrumenVokal / Band
Tahun aktif1985–1999
2007 (reunion)
Syarikat rakaman
1987–1999: Life Records
2001: Delima Records
Pengkarya berkait
Joey, Ramli Sarip, M. Nasir
AhliJoey - Vokal
Awang - Gitar Utama
Harun - Gitar Kedua
Yem Bai - Bass
Enal - Dram
Bekas ahliYem C - Gitar Kedua (meninggal dunia)

Kumpulan Bumi Putra Rockers (BPR) adalah sebuah kumpulan penyanyi rock 80-an Malaysia yang mula dikenali ramai setelah menyertai "Pesta Hiburan Kingsway". Mereka berasal dari Johor Bahru.

Anggota Kumpulan[sunting | sunting sumber]

BPR diilhamkan oleh Papa Rock Ramli Sarip dan diuruskan oleh Wan Redzmann, seorang pelumba kereta terkenal dan bekas pengurus kumpulan Sweet Charity. Dianggotai oleh lima orang ahli yang merupakan pecahan dari kumpulan seperti Titanic, Hurricane, Purple Grass dan Split Times. Mereka adalah:

  • Johari Mat Rozekhi (Joey) - Vokal (lahir 1963); telah bergerak solo sejak tahun 2012 [1]
  • Norzaini Mohammad (Awang) - Gitar Utama (lahir 1963); juga merupakan seorang komposer lagu dan penerbit album. Telah banyak menulis lagu dan menerbitkan album artis-artis tanahair yang lain, malah telah beberapa kali bertanding dalam Juara Lagu TV3.
  • Harun Ahmad (Harun) - Gitar Kedua (lahir 1966)
  • Abdul Rahim Mohd Zain (Yem Bai) - Bass (lahir 1965)
  • Raja Zainal Abidin Raja Hasnan (Enal) - Dram (lahir 1961)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Jualan
1987 Selamat Pagi Malaysia
  • Penerbit album : Ramli Sarip
  • Dikeluarkan : 1987
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
1988 Bisa
  • Penerbit album :
  • Dikeluarkan : 1988
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
1989 Kelab Jiwa Luka
  • Penerbit album :
  • Dikeluarkan :
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
1991 Era 90'an
  • Penerbit album :
  • Dikeluarkan : 1991
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
1996 BPR 97
  • Penerbit album : BPR
  • Dikeluarkan : 1997
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Semangat Melayu
  • Penerbit album :
  • Dikeluarkan : 1996
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
1999 Akustik & Unplugged
  • Penerbit album :
  • Dikeluarkan : 1999
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Pilihan Terlaris 5 Kumpulan Rock Vol. 3 - Pelbagai Artis (1989)
  • The Best Of Bumiputra Rockers (1992)
  • The Greatest Hits Bumiputra Rockers (1998)
  • Akustik & Unplugged (1999)
  • BPR The Legend (2001)
  • Rockerena Bumi Putra Rockers (2005)
  • The Best Of Bumiputra Rockers (2009)

Album live[sunting | sunting sumber]

  • Live In Concert (2006)

Video muzik[sunting | sunting sumber]

  • Damai Di Sini (1997 / VCD MTV Rock Terbaik)

VCD[sunting | sunting sumber]

  • Semangat Zaman Live In Singapore - Pelbagai Artis (2005)
  • Live In Concert (2007)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

BPR berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Juara Lagu 1990 menerusi lagu Dari Sinar Mata. Bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi mereka untuk memenangi sebarang kategori pada pertandingan tersebut.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu popular BPR pernah menjadi pilihan beberapa artis tempatan untuk dirakam semula,[petikan diperlukan] antaranya:

  1. Dari Sinar Mata (1996 / Eva - Bulan Cinta)
  2. Seribu Tahun Takkan Mungkin (2004 / Ruffedge - Tipah Tertipu)
  3. Dari Sinar Mata (2007 / The Fabulous Cats - Fantastik)

Gitaris BPR, Awang juga turut berbakat sebagai penyanyi dan pernah menghasilkan album berjudul Dwi Kekasih pada tahun 1994. Awang juga turut bermain keyboard dalam lagu Nafisa (album Kita Peng-yu, kumpulan XPDC). Joey telah menyertai projek Semangat Zaman pada tahun 2005. Projek ini menghimpunkan enam orang penyanyi rock ternama Malaysia, selain Joey ialah Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Nash, Mus dan Yantzen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://ww1.utusan.com.my/utusan/hiburan/20120803/hi_02/joey-legenda-yang-dilupakan
  2. http://www.budiey.com/joey-meninggalkan-kumpulan-bumiputra-rockers-bpr/
  3. http://www.muzikrock.com/bumiputra_rockers_01.html