Kumpulan Chapters

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Album Prajudis 1991 Kumpulan Chapters.jpg

Kumpulan Chapters merupakan sebuah kumpulan rock yang aktif sekitar 1900-an Kumpulan Chapters terdiri daripada empat anggota yang diketuai Wan Chap (dram), Lan (bass), Edrie Hashim (gitar) dan Nizam (vokalis).

Kumpulan Chapters pernah menghasilkan album berjudul Prajudis pada tahun 1991. Beberapa buah lagu popular nyanyian kumpulan tersebut adalah seperti Dosa Cinta, Titian Rindu dan Realistik Kota.

Kemudian pada bulan September lalu, mereka telah kembali ke persada muzik tanah air dengan nama Chapters 09 dan menghasilkan album mini yang memuatkan lagu-lagu seperti Gurauan Kata Cinta dan Permata Hati.[1]

Setelah hampir 20 tahun tidak bergiat aktif, kini mereka telah membuat kemunculan semula dengan tiga anggota baru iaitu Am (vokalis), Polly (gitar) dan Din Gates (bass). Kumpulan tersebut telah mengadakan sebuah konsert di One Cafe, di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 5 November 2014.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Chapters asal terdiri daripada empat anggota yang diketuai Wan Chap (dram)[2], Lan (bass), Edrie Hashim (gitar) dan Nizam (vokalis).

Kumpulan Chapters 09 asal terdiri daripada Am (vokalis), Polly (gitar) dan Din Gates (bass).

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]