Cromok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Cromok)
Jump to navigation Jump to search
Cromok
Cromok03.jpg
Cromok buat persembahan pada akhir 1980-an
Latar belakang
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreThrash metal
Tahun aktif1987 - 2006 , 2009-kini
Syarikat rakaman
EMI Malaysia
Pengkarya berkait
F.T.G,Langsuyr, Amuk, D'Cromok
AhliShamsudin Ali (Sam)
Tarmizi Mokhtar (Miji)
Khairul Anwar Sharif(Karl)
Bekas ahliHillary Ang
Kharuddin Mohamad (Din)
Che Dean (Denan)
Muhammad Fadhil (Mat Puck)
Nik Ramzee (Ji)

Kumpulan Cromok merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Inggeris.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Cromok merupakan sebuah kumpulan rock metal Inggeris Malaysia yang ditubuhkan pada 1986 (pra-Cromok) sebagaikan memenuhi masa lapang dengan Nik Ramzee dan Che Adnan sebagai ahli awal dan apabila Miji dan Mat Puck menyertai mereka, mereka menjadi lebih serius lalu menamakan kumpulan mereka Cromok pada 1987[1]. Mereka adalah terdiri dari empat orang pelajar Malaysia yang menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia. Ahlinya terdiri daripada Sam (Vocalist+Bassist), Din (Vocalist+Guitarist), Karl (Guitarist) dan Miji (Drummer). Sam merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Johor.

Din (guitarist/vocalist- dari Tumpat Kelantan) pulang lebih awal ke malaysia tahun 1991. Manakala Sam (Johor)Miji (Terengganu) dan Karl (Kelantan) kembali ke tanahair tahun 1992. Cromok menerbitkan self-released debut demo tape pertama mereka Image of Purity di Australia yang dirakamkan tahun 1990 . Demo tape tersebut telah dihantar kepada Valentine Sound Productions VSP Malaysia dan menarik minat VSP untuk memasarkan album tersebut. Versi Remastered Image of Purity diedarkan di Malaysia pada 1991 walaupun Cromok masih berada di Australia ketika itu. Walaupun peminat muzik tanah air masih janggal dengan lahirnya sebuah band thrash metal, album tersebut mendapat sambutan menggalakan sehingga terjual lebih 70,000 unit. Selain 'Journey' dan ' Misty' , lagu 'Metallurgical' yang mengabungkan intro lagu tradisional 'Ulek Mayang' menjadi lagu paling menarik dan digilai peminat ketika itu. Setelah 30 tahun berlalu, album Image of Purity sehingga kini masih didengari oleh peminat muzik thrash metal.

Satu perkara yang menjadi persoalan sehingga kini ialah walaupun Din telah berada di tanahair , mengapa beliau tidak turut serta bersama ahli-ahli Cromok dalam proses rakaman studio album Forever In Time pada 1993. Din Cromok (D'cromok) meninggal dunia pada 1997 akibat demam malaria.[2]Din sempat menerbitkan album solo beliau sendiri D'cromok 7 Years 7 Days PART I dan 7 Years 7 Days PART II

Cromok kemudiannya menyertai EMI Record pada 13 Julai 1993 bagi mengembangkan lagi sayap mereka. Album Forever In Time merupakan album paling berjaya Cromok dan terjual melebihi 100,000 unit. Album ini disifatkan lebih kepada metal kemelayuan.

Cromok seterusnya mengeluarkan album Yours Truly pada 18 Jun 1996, Mean, Meaner, Meanest (1999), Re-release Image of Purity (2000), What's Left (2000), Deafening Silence (2002), Engrave in Eternity (kompilasi 2003), Untitled (2004), Untitled + raw (2005) dan The Great : Metal Manifest (2006).

Namun, pada tahun 2001 dengan rasminya Karl telah menarik diri dari menganggotai Cromok atas masalah kerjaya dan keluarga. Pengganti Karl pula bukan calang-calang gitaris tetapi Hillary Ang yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam muzik. Hillary pernah menyertai kumpulan SEARCH dan menjadi pemuzik undangan bagi artis ternama yang lain. Beliau sebenarnya telah bekerjasama dengan Cromok sejak album Mean, Meaner, Meanest tahun 1999. Hujung tahun 2006, Hillary kembali menyertai Kumpulan Search.

Kewujudan D'Cromok[sunting | sunting sumber]

Atas sebab-sebab peribadi, Din (dari Kelantan) telah menubuhkan kumpulannya sendiri dan tidak menyertai Cromok. Kumpulannya bernama D'Cromok. Huruf 'D' pada pangkal perkataan sebenarnya bermaksud Din. Beliau telah merakamkan album bertajuk VII Years VII Days PART I dan VII Years VII Days PART II bersama Valentine Records VSP pada tahun 1995/1996. Dalam album-album itu, dia berganding dengan beberapa vocalists dan bassists /drummers yang antaranya Rob Razak dan Ly Razak (Suffercation) , Andy Peterson , Jaie (Sil Khannaz )

Ijall (Surercation)

, Stone (Silent Death) dan

Syafinaz - Opera chorus on "Metallurgical III Suite

dan Muhammad Syahmi dari Muar,Johor.

Din bertugas sebagai jurutera di Petronas Kemaman, Terengganu kemudiannya jatuh sakit dan meninggal dunia akibat demam malaria pada 1997.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Anggota Terkini
  • Shamsudin Ali (Sam) - Bass, Vokal 1988-2006 , 2009-kini
  • Tarmizi Mokhtar (Miji) - Dram 1986-2006 , 2009-kini
  • Khairul Anuar Shariff (Karl) - Gitar 1990-2001, 2009-kini
Bekas Anggota
  • Hillary - Gitar 2002-2005
  • Kharuddin Mohamad (Din) - Guitar, Vocal 1988-1991 . Din D'cromok 1992- RIP 1997
  • Muhammad Fadhil (Mat Puck) - Guitar 1986-1988
  • Che Adnan (Denan) - Guitar 1986-1987
  • Nik Ramzee (Ji) - Bes 1986-1987
Sessionist
  • Ogie daripada kumpulan Black Skull Gitar
  • Edrie Hashim Gitar
  • Shah Sidious daripada kumpulan Nrocinu Gitar

Pra Cromok (1986-1987)

  • Mat Puck - Gitar
  • Miji - Dram
  • Denan - Gitar
  • Ji - Bes

Album[sunting | sunting sumber]

Tahun Rilisan Judul Label
1991 Image of Purity VSP (Malaysia)
1993 Forever In Time EMI (Malaysia)
1996 Yours Truly EMI (Malaysia)
1999 Mean, Meaner, Meanest EMI (Malaysia)
2000 Image of Purity
(Remastered & Re-released)
EMI (Malaysia)
2000 What's Left? EMI (Malaysia)
2002 Deafening Silence EMI (Malaysia)
2004 Untitled EMI (Malaysia)
2005 Untitled + Raw EMI (Malaysia)
2011 Lord Of The Thunder SONY MUZIK (Malaysia)

Konsert[sunting | sunting sumber]

  • CROMOK REUNION Trashing Kuala Lumpur (8 April 2012)
  • Konsert Metal Legends CROMOK XPDC (3 FEB 2018)
  • Cromok Live at Life Centre Kuala Lumpur 11th dan 12th July 1992 sekembalinya mereka dari Australia. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]