D'Cromok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan D'Cromok)
"D'Cromok
Nama lahirKhairudin Muhammad
Juga dikenali sebagai
Din
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreThrash - Doom Metal
PekerjaanVokal Engineer with Petronas
InstrumenGuitar, Bass Guitar, Electronic Tools
Syarikat rakaman
Valentine Sound Production (VSP)
Pengkarya berkait
Solo Act (dengan sessionist)
Bekas ahliDin (Pengasas)-Gitar / Vokal,

Rob Razak (Suffercation) Ly Razak (Suffercation) Ijall (Suffercation) Jaie (Sil Khannaz)-Vocalist Stone (Silent Death)

Muhammad Syahmi-Drum,

Andy Peterson- Bass Guitar

Syafinaz Selamat - Backing Vocal
Alat muzik terkenal
Lead Guitar

Al-fatihah (dibaca) buat arwah Khairudin Muhammad of D Cromok and Cromok.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ

وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ

دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ

مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilan rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta istri yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnah nya, dan dari siksa api neraka.”

Also at: https://doomcromok.blogspot.com/

D'Cromok ditubuhkan oleh Khairudin Muhammad (Din) setelah keluar dari kumpulan thrash metal tersohor yang turut ditubuhkan beliau iaitu Cromok. (Din adalah salah seorang ahli asal, pengasas kumpulan Cromok (circa 1987-1991) bersama Sam, Miji dan Karl semasa mereka menuntut di University of Wollongong di Sydney, Australia). Huruf 'D' pada pangkal perkataan Cromok sebenarnya bermaksud Din (berkemungkinan juga Doom iaitu aliran baharu yang diterokai beliau), dan Cromok merupakan nama kumpulan asal yang disertainya dahulu.

Atas sebab-sebab peribadi, (antara lainnya berkaitan kepulangannya ke Malaysia lebih awal sehingga kumpulan Cromok terlepas peluang menjadi opening act bagi konsert Motorhead di Australia). Selain itu, pertelingkahan kreatif (creative differences) antara ahli-ahli cromok yang lain dengan beliau telah memburukkan lagi keadaan. Perkara ini dapat dikesan melalui komen daripada Sam (vokalis, Bass Cromok) antara lain menyatakan Din sebagai musical genius namun idea-ideanya eksperimental dan gila-gila, Din mengambil keputusan bergerak secara solo dan telah menerbitkan album D'Cromok 'VII Years VII Days PART I' pada tahun 1995 di bawah label Valentine Sound d Productions VSP Record dan D'Cromok ' VII Years VII Days PART II' pada tahun 1996.

Dalam album-album tersebut, Din berganding dengan beberapa pemuzik jemputan dan vocalists terdiri daripada penggiat muzik berat underground yang tersohor. Antaranya Rob Razak , Ly Razak dan Ijall dari band terkenal Suffercation. Vocalist Jaie dari band metal tersohor Sil Khanaz , bassit Andy Peterson, Stone (Silent Death) dan Syafinaz Selamat untuk korus lagu Metallurgical Suite III dan Muhammad Syahmi dari Muar,Johor untuk bunyian dram. Ini membuktikan sifat merendah diri dan ukhuwah Arwah Din dengan penggiat muzik underground yang lebih bersifat DIY (Do-It-Yourself) dan anti-setablishment. Karakter sebegini menunjukkan kepada para peminat betapa berbezanya D' Cromok yang independent dan Cromok yang lebih etablishment dan mainstream.


Maka terbitlah sebuah album yang berakar Doom Metal dengan riff-riff simplistik serta solo yang minimalistik (namun tetap melodik dan stylishly catchy) di scene metal underground dengan irama metal penuh atmosferik serta melodik mistikal ketimuran Nusantara ditambah dengan lirik ketuhanan dan personal struggle (namun tidak "preachy"). Vokal Din dalam beberapa track album ini mengembalikan pendengar kepada kemantapan lontaran vokal dalam track Journey demo tape Image of Purity. Tegas namun penuh kelembutan. garang namun penuh kesufian. Sebutan yang jelas dengan tone suara yang unik menempatkan Din setaraf malahan melebihi persembahan Sam dibeberapa tempat. Eksplorasi tema lirik berkiblatkan sufisme makrifat dan ketuhanan mengangkat album ini dari sekadar bunyi sarat Doom Metal dengan riff-riff raw melodic thrash ke satu aras yang lebih tinggi dan meaningful. Sepertimana banyak komen-komen dari peminat lama dan baru muzik D Cromok; "simple tetapi sangat bermakna", "sampai ke jiwa", "unique and special". I rest my case.

Walaupun dengan sengaja menjauhkan diri musically dari bunyian thrash metal cromok yang dipelopori beliau pertengahan 80an album 'VII Years VII Days PART I tahun 1995 dan ' VII Years VII Days PART II 1996, namun produksi ini tetap berjaya menghasilkan sebuah opus naskah sonik gemilang penuh kepintaran dan makna tanpa meninggalkan akar keras dan agresif metal. Ternyata D Cromok adalah

proto-cromok era The Den, Teacher's Club, Royal Hotel dan Seven Hills Inn, Australia yang lahir semula sebagai peringatan bahawa bunyian metal cromok sebenarnya dibentuk oleh karakter musical Din. Namun beliau tidak dibayangi olehnya; malahan berupaya mencipta bunyian baharu yang berupaya berdiri dengan sendiri. Kesimpulannya, terdapat D Cromok dalam Cromok. Namun D Cromok is undeniably D Cromok. Di tempatnya sendiri walaupun tidak diundang namun tetap dikenang sampai bila-bila. Sehinggakan menitis air mata apabila mendengar melodi track favourite seperti Huzaifah Ibnu Yaman, Metallurgical Suite II & III dan Attractive Enigma

Blog The Ulek menulis "Setelah menghayati dan meneliti naskhah ini, aku merasakan Din adalah genius penuh dengan eksperimentasi kreatif yang membakar hati dan perasaan,bukan sahaja menghilangkan gundah gelana tapi juga kekadang meruntunkan jiwa. Aku memahami mu Din. (http://theulek.blogspot.com/2010/04/pemikiran-din.html)

Demikian juga yang diakui oleh Sam sendiri dalam sebuah artikel yang dikeluarkan melalui Blog Kren Maut (circa 2007) bahawa keluarnya Din merupakan Major impact to Cromok itself. He's the songwriter, arranger, lyricist, guitarist and the pioneer for Cromok itself. Basically there will be no Cromok without him.

Namun para peminat tetap berasa sangsi akan kebenaran pengakuan tersebut kerana sehingga kini masih belum terdapat cubaan dari pihak Sam dan ahli-ahli Cromok yang lain untuk memperbetukan salah faham yang telah berlanjutan hampir 30 tahun. Meskipun pembetulan berlaku selepas pemergian Din (post-humous), namun amat besar dan bererti buat ahli keluarga serta para peminat Cromok/D'Cromok.

Inilah khazanah terakhir beliau buat persada muzika tanahair umumnya dan khususnya buat irama metal. Sudah pasti kedua album tersebut menjadi pengubat kedukaan Din setelah tidak dijemput untuk hadir dalam rilisan awal kumpulan cromok iaitu Forever In Time dan Image of Purity (re-release rakaman asal di Australia) yang boleh dikatakan hampir keseluruhan bunyian dihasilkan oleh beliau bersama rakan-rakan band lain. Malangnya nama beliau langsung tidak dikreditkan sebagai pencipta lagu dalam album tersebut (sebahagiannya termasuk dalam album Yours Truly). Ini merupakan tragedi yang menimpa pemuzik lagenda seperti beliau yang menyamai apa yang berlaku pada Dave Mustaine setelah diketepikan oleh kumpulan Metallica pada tahun 1983 dalam perjalanan ke New York untuk rakaman debut album Metallica. Alasan yang diberikan mereka ialah tingkahlaku agresif serta pertelingkahan dengan ahli kumpulan, James Hetfield and Lars Ulrich.

Pada tahun 1987, syarikat rekording utama Capitol Records melamar kumpulan Megadeath diasaskan Mustaine dan telah mendapatkan hak album studio kedua mereka Peace Sells... but Who's Buying? Megadeth menjadi opening act semasa U.S. tour bersama King Diamond dan Motörhead. Peace Sells... but Who's Buying dirilis pada 19 September , 1986, dianggap sebagai lagu thrash metal klasik.

Walaubagaimanapun, tidak seperti Din, Mustaine tetap dikreditkan untuk beberapa lagu Metallica antaranya Phantom Lord, Metal Militia, Ride the Lightning, Call of Ktulu, Seek and Destroy, The Four Horsemen serta beberapa lagi lagu dan riff yang tidak dikreditkan. Inilah perbezaan utama antara Din dan Mustaine. Beliau tetap diberi penghargaan walaupun selepas tidak lagi bersama kumpulannya.

Ramai peminat D Cromok / Cromok berasa sangat terkilan atas kejadian ini yang dianggap tidak adil dan tidak menyantuni penglibatan serta sumbangan beliau terhadap muzik cromok yang fenomenal dan dianggap sebagai pencetus bunyi-bunyian metal baharu yang penuh intlegentsia dan bernuansa melodik nostalgik archipelago Nusantara. Ini meletakkan D Cromok sebagai khazanah muzik dan budaya negara kita. Ramai antara peminat D Cromok turut mengandaikan bagaimana progresi muzik Cromok sekiranya Arwah Din masih bersama menyumbang virtuoso skill serta idea-idea crazy experimental beliau. Namun ini cumalah harapan yang tinggal cuma harapan. Bersemadilah penuh tenang di sana wahai maestro, semoga ruhmu diberkati dan diberikan kemudahan bersama mereka yang

pertama kali beriman.


Dan semoga hasrat beliau kita doakan dapat menjadi sebuah realiti:

Dan semoga hasrat beliau kita doakan agar menjadi sebuah realiti:

You better follow me to Mecca very soon. My fantasy not to be in tropical paradise but to be Sufi and completely released from earthly doings. Ask certain people (you’ll not find in daytime) in white clothe, he’ll tell you about me and the rest (I’m still bad, though)…

Din bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat di Petaling Jaya dan di Petronas Kemaman, Terengganu. Beliau kemudiannya jatuh sakit dan meninggal dunia akibat demam malaria tahun 1997. Pemergian yang takkan pernah dilupai, melangkaui 7 tahun dan 7 hari.

You gaze into the sky high above

The fifty billion stars do you know?

All of 'em like our sun, they rotate and obey

(Metallurgical II)


You gaze into the heavens far above

The gleaming lanterns bright, O comer of the night

All of us like the stars, dazed, dwell in His house of love

They never move, forever they shall obey

(Orin MSH: 27 Oktober 2022)


P/S: Buat ali-ahli line up asal Cromok dipohon agar meleraikan kekusutan dan misteri berkaitan tersisihnya Din dari

diskografi awal Cromok setelah hampir 25 tahun pemergian beliau. Cuma sepatah kata yang dapat memberi kebenaran.

sudah mencukupi kiranya kalian memang benar-benar sahabat dalam band.

Arwah Din pernah melontarkan soalan berikut dalam inlay album beliau:


"Sam where are you? I miss you guys?...."


Jawablah soalan tersebut. Usah biarkan kisahnya membisu.

Penghargaan sebenar perlulah diberi pada yang hak

biarpun ajal telah datang menjemput.


Tracklist: VII Years VII Days (Part 1)

Year of Publication: 1995

      1.   Huzaifah Ibnu Yaman    

      2.   A Dream            

      3.   The Four Seasons          

      4.   Metallurgical II

      5.   The Flood          

      6.   That Dream Is Most Evil

      7.    Adamaina


Tracklist: VII Years VII Days (Part 1)

Year of Publication: 1996


 1.       Bedtime Tales

   2.       Metallurgical III Suite

   3.       Metallurgical III (Reprise)      

   4.       Love Is...        

   5.       Attractive Enigma      

   6.       A Letter          

   7.       To Whom It May Concern    

   8.       Permanent Midnight

Pautan luar[sunting | sunting sumber]