Exists

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Exist)
Jump to navigation Jump to search
Exists
Kumpulan Exists91.png
Anggota asal Exist (1991)
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Exist (1991-1996)
Berasal dariJohor, Malaysia
GenrePop rock, Pop, Balada, Pop alternatif, Britpop Rock alternatif
PekerjaanPemuzik & Penyanyi
Tahun aktif1991 - 2008
Syarikat rakaman
  • JOJO's Production (1991-1994)
  • BMG Music (1995-2000)
  • NAR Records (2001-2006)
  • Ada Exists (2007-2008)
Laman sesawang
http://www.instagram.com/existsband
AhliJoey (vokalis)
Along (gitar)
Musa (bass)
Ujang (dram)
Bekas ahliMamat (vokalis)
Ezad (vokalis)
Ajai (keyboard)
Shah (gitar)

Exists (juga dulu dikenali sebagai Exist) merupakan sebuah kumpulan muzik Pop rock terkenal dari Malaysia yang popular di Brunei, Singapura dan Indonesia. Mereka mula mencipta nama pada tahun 1991[1] dengan lagu 'Untukmu Ibu' ciptaan Rahim Othman dan lirik oleh Megat Ismail. Lagu itu berjaya memasuki peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992. Kumpulan ini amat terkenal di Indonesia menerusi lagu hit "Alasanmu" ataupun dikenali di Indonesia dengan judul "Mencari Alasan" sekitar tahun 1996. Kumpulan ini juga pernah empat kali memasuki peringkat akhir AJL iaitu 1992, 1994, 2002 dan 2003 dengan dua vokalis yang berbeza. Antara lagu-lagu hits terkenal mereka adalah:

  • Jesnita (juara carta Era 2002)
  • Alasanmu
  • Mengintai Dari Tirai Kamar
  • Rahsia Pohon Cemara
  • Kerana Percayakan Siti
  • Dirantai Digelangi Rindu
  • Untukmu Ibu
  • Julia
  • Masih Terserlah Ayumu
  • Janji Padamu
  • Seperti Dulu
  • Bunga
  • Anugerah
  • Buat Kita (kasih seharum mawar)
  • Mama Tolonglah Percaya
  • Dengan Atau Tanpamu
  • Langkah Seiringan
  • Nota Dilautan Sepi
  • Kapal Terbang Kertas
  • Hani Lempengnya Hangus

Anggota kumpulan[sunting | sunting sumber]

Ahli Kini[sunting | sunting sumber]

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1991-1992[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Exist ditubuhkan pada akhir Mac 1991. Bermula dengan 6 orang anggota yang ditukar ganti di awal penubuhannya. Exist dianggotai oleh Musa (bass, 19 tahun), Ujang (dram, 18 tahun), Shah (gitar, 17 tahun), Ajai (keyboard, 16 tahun), Along (gitar, 13 tahun) dan Mamat (vokal, 13 tahun). Mereka bersekolah di beberapa buah sekolah yang berbeza tetapi semuanya berasal dari Johor Bahru pada ketika itu. Anak-anak remaja belasan tahun ini telah menandatangani kontrak sebagai artis rakaman dengan syarikat produksi iaitu Jojo's Production. Album pertama mereka berjudul Exist telah diterbitkan pada tahun 1991 dengan lagu hitnya ialah Untukmu Ibu dan Rahsia Pohon Cemara yang berjaya mencuri hati peminat di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Album ini mencatatkan jualan yang membanggakan dengan melebihi 250,000 unit. Pada tahun 1992 mereka menerima anugerah platinum emas hasil jualan album pertama yang membanggakan. Disamping itu, lagu "Untukmu Ibu" berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992.

1993-1994[sunting | sunting sumber]

Sebelum rakaman album studio kedua 'Anugerah', pemain gitar utama mereka, Shah telah mengundurkan diri atas sebab tidak dapat dielakkan. Maka tinggallah lima anggota lain yang meneruskan perjuangan muzik mereka. Album itu diterbitkan oleh komposer Mat Penang dan exist sendiri. Album itu mendapat jualan melebihi 60,000 unit di Malaysia. Lagu hit adalah "Janji Padamu" & "Anugerah". Komposer Saari Amri turut menyumbangkan satu lagu iaitu berjudul "Terpaksa". Lagu "Anugerah" ciptaan Along berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1994 kategori Pop Rock. Album itu menaikkan nama mereka sehinggakan syarikat rakaman BMG Music telah melamar mereka untuk menjadi artis rakaman mereka. Isu ini telah menimbulkan kontroversi apabila syarikat rakaman JOJO's Production tidak membenarkan exist untuk keluar dari JOJO's Production. Selepas naik turun mahkamah, keputusan mahkamah telah menyebelahi kumpulan exist dan akhirnya exist telah menandatangani kontrak bersama BMG Music. Tetapi perpindahan Exist dari JOJO's Production ke BMG Music telah menyebabkan mereka kehilangan vokalis mereka, Mamat apabila dia tidak ingin ikut serta bersama anggota-anggota exist yang lain. Maka dengan itu mereka mengiklankan untuk mencari vokalis yang baru.

1995-2000[sunting | sunting sumber]

Setelah pelbagai ujibakat diadakan, mereka telah tertarik dengan seorang remaja yang berasal dari Kedah yang berusia 16 tahun bernama Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim atau lebih dikenali sebagai Ezad. Sejak dari itu, Ezad telah menjadi vokalis Exist yang baru dan telah merakamkan album pertamanya bersama Exist yang berjudul Diammu Gunung Berapi pada tahun 1995. Ternyata pemilihan Ezad sebagai vokalis baru Exist ternyata tidak sia-sia ketika album Diammu Gunung Berapi turut meletup sebagaimana letupnya gunung berapi hingga mencatatkan penjualan yang membanggakan. Malah album yang hits dengan lagu Alasanmu turut meletup di Indonesia dengan rekod sebanyak 600,000 unit. Sejak itu Ezad telah berjaya menaikkan lagi nama Exist dipersada muzik tanah air.

Bermula dari album ke empat Exist telah menambahkan huruf “S” sebagai tambahan dalam ejaan nama kumpulan iaitu EXISTS Seolah satu tanda bahawa mereka mahu peminat peka tentang kewujudan Exists di dalam industri muzik tanahair dengan kekuatan, keazaman dan penghasilan yang di senangi oleh peminat, tetapi selepas album Jangan Gentar, Ajai telah keluar dari Exists untuk menumpu kerjayanya sebagai komposer dan jurutera muzik di salah sebuah syarikat rakaman tanah air. Pengunduran Ajai tidak melemahkan semangat Exists walaupun mereka terpaksa bergerak hanya 4 orang di dalam kumpulan.

Selepas itu Exists muncul dengan album ke 5 mereka yang berjudul Mutan tahun 1998 di mana lagu hitsnya iaitu Dirantai Digelangi Rindu ciptaan oleh Eddie Hamid. Lagu itu berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 14. Sekitar tahun 1999, kumpulan Exists menyepi seketika dari sebarang buatan album. seterusnya mereka mengeluarkan album kompilasi Best Of Exists tahun 2000 dengan dua lagu baru di dalam album itu berjudul 'Bunga' dan 'Tak Ku Biar'. Lagu Bunga adalah hasil ciptaan Musrad dan lirik oleh J.S Kevin.

2001-2008[sunting | sunting sumber]

Selepas menyepi selama dua tahun tanpa album baru. Exists kembali dengan album terbaru Ada terbitan NAR Records pada tahun 2001. Album ini dikatakan antara yang terbaik dari Exists. Album itu popular dengan lagu Julia dan Jesnita, kedua-dua buah lagu itu berjaya memasuki Separuh Akhir Muzik Muzik 17. Tetapi sayangnya hanya lagu Julia ciptaan along/ G-nola saja yang berjaya memasuki ke pentas akhir.

Album studio ketujuh mereka Seperti Dulu diterbitkan sendiri oleh anggota-anggota exists. Album ini telah memenangi album Pop rock terbaik Anugerah Industri Muzik ke-11. Lagu "Percayakan Siti" dan "Seperti Dulu" mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 18. Tetapi hanya lagu Percayakan Siti yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2003.

Pada tahun 2004, mereka mengeluarkan album kelapan mereka berjudul "Paragon" dengan lagu hit dengan atau tanpamu ciptaan Aiman Hijjaz. Pada tahun berikutnya kemunculan exists semakin tenggelam kerana banyak munculnya artis-artis baharu ketika itu.

Mereka mengeluarkan album kompilasi pada tahun 2006. Album itu memuatkan satu lagu hit ciptaan Tam Spider iaitu Buat Kita (Kasih Seharum Mawar). Sekitar tahun 2007, Exists dikatakan menyingkirkan vokalis utama mereka kerana masalah disiplin dan ingin bergerak solo.

Sekitar tahun 2008, Exists telah muncul dengan album kompilasi Keunggulan yang menampilkan vokalis terbaru mereka iaitu penyanyi dan pelakon Joey Daud.

Pada 2016 mereka mengadakan konsert Throwback Exists yang berlangsung di Far East Square, Singapura.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
1991 Exist
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : Disember 1991
  • Label : JOJO's Production
  • Melebihi 250,000 Unit
1993 Anugerah
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 1993
  • Label : JOJO's Production
  • Melebihi 60,000 Unit
1995 Diammu Gunung Berapi
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 1995
  • Label : BMG Music
  • 80,000 Unit
1997 Jangan Gentar
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 1997
  • Label : BMG Music
  • Melebihi 40,000 Unit
1998 Mutan
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : Oktober 1998
  • Label : BMG Music
  • Melebihi 40,000 Unit
2001 Ada
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : November 2001
  • Label : NAR Records
  • Melebihi 70,000 Unit
2003 Seperti Dulu
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 26 Mac 2003
  • Label : NAR Records
  • Melebihi 40,000 Unit
2004 Paragon
2007 Hits Rakaman Semula
  • Album Studio
  • Dikeluarkan : 2007
  • Label : Ada Exists Sdn Bhd

Album pasaran Indonesia[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
1996 Mencari Alasan
  • Dikeluarkan : 1996
  • Label : BMG Music
Melebihi 750,000 Unit
1997 Buih Jadi Permaidani
  • Dikeluarkan : 1997
  • Label : BMG Music
Melebihi 600,000 Unit
1999 Dirantai Digelangi Rindu
  • Dikeluarkan : 1999
  • Label : BMG Music
Melebihi 100,000 Unit
2001 The Best of Exists
  • Dikeluarkan : 2001
  • Label : BMG Music

Album Kompilasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Jualan
2000 Best of Exists
  • Dikeluarkan : 2000
  • Label : BMG Music
Melebihi 50,000 Unit
2008 Keunggulan
  • Dikeluarkan : 2008
  • Label : Ada Exists

Album koleksi[sunting | sunting sumber]

  • Memori Hit 1990-1996 (2007)
  • Memori Hit (1990-1996) (2009)

Album Bungkusan Semula[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1991 "Untukmu Ibu" Exist
1992 "Rahsia Pohon Cemara"
"Langkah Seiringan"
"Janji Bidadari"
"Sebelum Terlewat"
1993 "Janji Padamu" Anugerah
"Nota Di Lautan Sepi"
1994 "Anugerah"
"Terpaksa"
1995 "Masih Terserlah Ayumu" Diammu Gunung Berapi
"Alasanmu"
juga dengan judul "Mencari Alasan"
"Diammu Gunung Berapi"
1996 "Tak Ku Biar"
1997 "Mengintai Dari Tirai Kamar" Jangan Gentar
"Jangan Gentar"
"Hani Lempengnya Hangus"
"Terlerai Janji"
1998 "Kapal Terbang Kertas" Mutan
"Dirantai Digelangi Rindu"
"Siapa Selain Aku?"
1999 "Emily"
"Rindu Serindu-rindunya" Tangkap Lentoq
2000 "Bunga" Best of Exists
2001 "Jesnita" 13 minggu #1 Juara Carta Ada
"Julia"
2002 "Mama Tolonglah Percaya"
"Kau Lebih Dari Kejora"
"Menanti Saat Termampu"
2003 "Percayakan Siti" Seperti Dulu
"Seperti Dulu"
"Tak Tahu Harga Cinta"
"Yang Indah Telah Tiada"
2004 "Waktu Kita Jauh"
"Penisilin"
menampilkan Farihin Abdul Fatah
Paragon
"Hilang Dalam Ramai"
2005 "Dengar Ella Menyanyi"
2006 "Buat Kita (Kasih Seharum Mawar)"
juga dengan judul "Malam Cinta Beradu"
Special Edition
2007 "Syira" Hits Rakaman Semula
2008 "Aku Dengan Mu" Keunggulan
"Cinta Terindah"
"Di Sebalik Rahsia Cinta"
duet bersama Mimie Haris

Anugerah & pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2002 Anugerah Planet Muzik 2002
Duo/Kumpulan Popular Dicalonkan
Anugerah Era 2002 Carta Era Menang
Lagu Rock Pilihan Dicalonkan
2003 Anugerah Planet Muzik 2003 Album Terbaik Dicalonkan
Lagu Terbaik Dicalonkan
Duo/Kumpulan Popular Dicalonkan
Anugerah Era 2003 Lagu Rock Pilihan Menang
Band Pilihan Menang
Muzik Video Pilihan Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 Artis Duo/Kumpulan Popular Menang
2004 Anugerah Industri Muzik ke-11 Album Pop Rock Terbaik Menang
Album Terbaik Dicalonkan

Anugerah lain[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Emas Platinum Berkembar album : Exist (1992)
  • Anugerah Jualan Cakera Emas album : Diammu Gunung Berapi (1995)
  • Anugerah Jualan Cakera Emas album : Jangan Gentar (1997)
  • Anugerah Jualan Cakera Emas album : Mutan (1998)
  • Anugerah Jualan Cakera Emas album : Best of Exists (2000)
  • Juara 100 Terhangat Di Era 2002 (Jesnita)
  • Anugerah Majalah URS 2004 - Kumpulan Paling Popular

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Lagu Kategori Komposer Penulis lirik Keputusan
1992 Untukmu Ibu Pop Rock Rahim Othman Megat Ismail Dicalonkan
1994 Anugerah Pop Rock Along Exist Baiduri Dicalonkan
2002 Julia Pop Rock Along Exists Loloq Dicalonkan
2003 Percayakan Siti Pop Rock G-Nola Loloq Dicalonkan

Muzik-Muzik[sunting | sunting sumber]

Muzik Muzik Judul Lagu Kategori Komposer Penulis lirik
Separuh Akhir Muzik Muzik 14 Dirantai Digelangi Rindu Balada Eddie Hamid Man Toba
Separuh Akhir Muzik Muzik 15 Bunga Balada Musa Radhi J.S. Kevin
Separuh Akhir Muzik Muzik 17 Jesnita Pop Rock Harun Ahmad Fauziah Hashim
Separuh Akhir Muzik Muzik 18 Seperti Dulu Pop Rock G-Nola Musa Radhi

Konsert[sunting | sunting sumber]

  • konsert di Hard Rock Cafe Melaka 2014
  • Konsert "The Blue Jeans Concert" di Istana Budaya 2015
  • Konsert "Throwback Exists" di Singapura 2016

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Pada hari ini selepas hampir 28 tahun ditubuhkan, Exists mampu berbangga kerana berjaya menghasilkan tenaga-tenaga profesional yang kini mempunyai nama besar dalam industri muzik Malaysia.
  • Mamat dan Ezad kini bergelar penyanyi lelaki solo terkenal dalam genre pop rock dan balada.
  • Ajai mencipta nama sebagai penggubah lagu dan penerbit album serta memiliki syarikat rakaman sendiri bernama Wake The Baby Sdn. Bhd.
  • Along dan Musa juga aktif sebagai pencipta lagu dan penerbit album. Mereka merupakan nadi utama syarikat milik Exists iaitu ADA Exists Sdn. Bhd.
  • Shah kini merupakan pemain gitar utama untuk Kumpulan Slam. Beliau juga kerap menjadi pemuzik undangan mengiringi konsert-konsert besar, majlis-majlis anugerah, program-program televisyen serta rakaman album artis-artis tempatan.
  • Ujang juga kini merupakan antara pemain drum terkemuka tanahair. Sepertimana Shah, Ujang juga kerap mengiringi persembahan artis-artis ternama serta menjadi 'sessionist' untuk rakaman album artis-artis tempatan.
  • Selain dari Wings dan Mega, Exists merupakan band yang pernah menyertai pertandingan akhir Juara Lagu TV3 dengan dua vokalis yang berbeza iaitu dua kali sewaktu era Mamat dan dua kali sewaktu bersama Ezad.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]