Kumpulan Fan Club

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Fan Club merupakan kumpulan penyanyi dari New Zealand yang juga dianggotai oleh Aishah. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa.

Aishah & The Fan Club mempunyai dua buah album yang dihasilkan sekitar lewat 1980-an, yang berjudul Sensation dan Respect The Beat. Antara lain lagu-lagu yang mendapat perhatian menerusi kedua-dua album ini ialah Sensation, Call Me, Paradise dan beberapa buah lagi.

Sayangnya, selepas penghasilan Respect The Beat pada tahun 1989, Aishah tidak lagi menghasilkan album bersama The Fan Club. Sebaliknya penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal luar biasa ini kembali ke tanahair dan mengukir nama sebagai penyanyi tempatan yang cukup berjaya dengan lagu-lagu Melayunya.

Album[sunting | sunting sumber]

  • Sensation (1988)
  • Respect The Beat (1989)

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Sensation
  2. Don’t Let Me Fall Alone - pernah menduduki tangga kedua di carta Billboard 100 pada 1989