Kumpulan Feminin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Feminin
Feminin - Untukmu Kini (CD Version).jpg
Album Feminin - Untukmu Kini (versi CD)
Latar belakang
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenreHip Hop, Pop, R&B
InstrumenVokal
Tahun aktif1992-1997
Syarikat rakaman
New Southern Records
Bekas ahliAs - vokal utama
Yatie - vokal kedua
Watie - vokal harmoni
Deq Nor - vokal harmoni
Along - vokal harmoni

Feminin merupakan sebuah kumpulan pop wanita di Malaysia yang muncul pada tahun 90-an. Kumpulan ini mula dikenali dengan lagu dari album pertama mereka iaitu "Untukmu" pada tahun 1992.

Kumpulan ini telah meraih kejayaan di industri muzik Malaysia dalam tempoh yang singkat sebelum dibubarkan pada 1997 akibat masalah dalaman, ditambah pula dengan kegawatan ekonomi yang melanda rantau Asia. Antara lagu mereka yang paling popular hingga sekarang adalah "Untukmu". Mereka ada melakukan comeback tetapi sekadar untuk meremixkan lagu "Untukmu" sahaja.[1][2]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Feminin pada awalnya terdiri daripada lima orang wanita iaitu :

  1. Asfarina binti Muhamad (As) - vokal utama
  2. Andriaty binti Abdul Rahman (Yatie) - vokal kedua
  3. Rozilawati binti Muhamad (Watie) - vokal harmoni
  4. Noor Intan Zanariah binti Abdul Zaharin (Deq Nor) - vokal harmoni
  5. Nor Askiela binti Zainal Abidin (Along) - vokal harmoni

Pada tahun 1994, Feminin telah menghasilkan album kedua yang berjudul "Kini". Dalam album tersebut, Feminin tinggal empat orang anggota setelah Along meninggalkan kumpulan tersebut atas alasan peribadi. Namun nama Feminin tetap utuh di persada muzik tempatan apabila lagu yang berjudul "Kini" menjadi siulan peminat pada waktu itu.

Selepas album Kembali dikeluarkan pada tahun 1996, Deq Nor pula menarik diri kerana beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun tersebut. Akhirnya, Feminin terpaksa akur dengan pembubaran secara rasmi pada tahun 1997 berikutan pengunduran anggotanya dan krisis ekonomi yang melanda negara pada ketika itu.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Untukmu... Kini (1997)
  • Kenangan Abadi Feminin (2011)
  • 14 Lagu Hit Paling Hebat: 20th Feminin (2013)

Album lain[sunting | sunting sumber]

  • Feminin In The House Mega Mix (1994)
  • Seikhlas Budi Aidilfitri (1995)

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Kehadiran"
  • "Bayangan Merbahaya"
  • "Hanya Sekali"
  • "Kembali"
  • "Godaan Kotaraya"
  • "Penawar Luka"
  • "Cinta Abadi"
  • "Lepaskan"
  • "Kini"
  • "Rindu"
  • "Kehadiran"
  • "Untukmu"
  • "Cinta Abadi"
  • "Selamat Tinggal Cinta"

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Anggota kumpulan Feminin pada asalnya adalah penari sebelum menceburi bidang seni. Aktiviti mereka diuruskan oleh Edd Razhe sejak mereka menjadi penari lagi.
  • As (Asfarina) dan Watie (Rozilawati) adalah adik-beradik.
  • Kumpulan KRU banyak mendorong kepada kejayaan Feminin apabila Yusry & Edry menyumbangkan dua lagu hit iaitu lagu Untukmu (1992) & Kini (1994).
  • As telah mendirikan rumahtangga dengan lagenda bola sepak Selangor iaitu Azman Adnan pada tahun 2004. Kehidupan mereka kini diserikan dengan kehadiran empat cahaya mata.
  • Yatie (Andriaty) yang pernah melanjutkan pengajiannya di UiTM Arau kini bekerja sebagai salah seorang pegawai di syarikat penerbangan Malindo Air.
  • Feminin menjadi trendsetter kepada peminat mereka dan juga artis berkumpulan wanita yang muncul selepas mereka seperti Elite. Ini disebabkan imej yang dibawa mereka menjadi ikutan ramai wanita pada waktu itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Feminin tidak berpecah". Utusan Malaysia. 23 November 2000. Dicapai 17 Mac 2014. 
  2. ^ "Feminin tunggu kelahiran album kelima". Utusan Malaysia. 24 Mei 1998. Dicapai 17 Mac 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]