Kumpulan Forteen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Forteen
Forteen.jpg
Latar belakang
Berasal dari MalaysiaMalaysia
Genre Pop, Balada
Pekerjaan Penyanyi
Alat muzik Vokal
Tahun aktif 2011 - sekarang
Syarikat rakaman KRU Records
Kegiatan berkait KRU
Laman sesawang Facebook Rasmi Forteen
Ahli One
Ameer
Izzue Islam
Ariz Lufias

Kumpulan Forteen merupakan kumpulan penyanyi padu suara berkonsepkan pop balada Malaysia di bawah syarikat rakaman KRU Records. Mereka mula aktif dalam industri muzik Malaysia pada tahun 2011.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Forteen menonjolkan penampilan berbentuk smart kasual, dan tidak memberi penekanan pada tarian, sebagaimana pengaruh muzik dari Korea, sebaliknya memberi penekanan pada kekuatan vokal. Ahli anggota kumpulan Forteen juga berkemampuan bermain alat muzik lain, antar lain Izzue boleh bermain gitar, bass dan dram, Ameer (gitar, drum) dan Ariz (piano).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2014 - 2015 : Konsert 20Forteen, Singles Dikau Saja & Linangan Terakhir[sunting | sunting sumber]

Syarikat rakaman Forteen iaitu KRU Music mengumumkan bahawa kumpulan ini bakal menganjurkan konsert buat pertama kalinya pada 29 Mac 2014 bagi menghargai peminat mereka [1] [2]. Namun, pihak menganjur telah menunda konsert tersebut kepada tarikh baharu iaitu 26 April 2014 bagi menghormati kejadian MH370 yang menimpa negara baru - baru ini [3] [4].

Selepas menunda konsert tersebut, Forteen akhirnya mengadakan konsert 20Forteen yang bertempat di Kl Live @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail pada 29 April 2014 [5]. Konsert yang diadakan buat julang kalinya berjaya menarik peminat seramai 1,000 orang. Sebanyak 18 buah lagu disampaikan dalam konsert hampir dua jam itu yang antaranya ialah Berdua Bersatu, Ketika Ini, Treasure, Seperti Dulu, Dikau Saja, Untuk Sahabat, Pencuri, Nakal, Laksamana Raja Di Laut, Bila Rindu, Jangan Lafazkan, hati Terluka dan Kita.

Dalam pada itu, menerusi segmen khas memperingati golongan-golongan kurang berkemampuan, Forteen telah menyampaikan lagu Dikau Saja diiringi dengan klip video mereka melawat Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat, Taman Megah dekat sini.

Secara keseluruhannya, konsert Kita 20Forteen membuktikan kumpulan itu bukan sekadar menjual rupa semata-mata tetapi sekali gus menaik taraf kerjaya nyanyian mereka yang selama ini diragui terutamanya kemampuan mereka dalam menyanyikan lagu secara langsung. [6]

Pada tahun 2015, Kumpulan Forteen kembali dengan single berjudul Linangan Terakhir yang menceritakan tentang kisah percintaan yang terputus tengah jalan. Single ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh peminat Forteen di seluruh Malaysia. [7]

2016 : Teater dan Single terbaru Dekat Tapi Jauh[sunting | sunting sumber]

Ahli kumpulan Forteen iaitu Ariz, Izzue dan Ameer akan berlakon dalam teater Ombak Rindu yang bakal dipentaskan 22 April sehingga 1 Mei 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Teater arahan Aris Kadir ini bakal dibintangi juga oleh Keith Foo, Uqasha Senrose dan ramai pelakon lain lagi. [8] [9]

Kumpulan Forteen mengumumkan mereka akan mengeluarkan single terbaru berjudul Dekat Tapi Jauh [10] [11] [12] pada 21 Februari 2016 dan lagu ini juga akan menjadi OST bagi drama TV3 berjudul Mr Boss Miss Stalker.

2017 - kini : Single terbaru[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Forteen mengumumkan akan mengeluarkan single terbaru bertajuk Apa Ini Cinta yang akan mula diperdengarkan kepada peminat pada 13 Februari 2017.[13] [14] Lagu ini mengisahkan tentang perasaan seseorang yang masih lagi keliru dalam perhubungannya di mana beliau merasa ragu-ragu adakah perasaannya itu sebenarnya cinta atau hanyalah bertepuk sebelah tangan. Selain itu, lagu ini juga akan dijadikan lagu tema untuk drama yang bertajuk ‘Menanti Februari’ lakonan Zul Ariffin, Fatiya Latiff & Afiq Muiz arahan Ayie Mustafa hasil terbitan Sha’s Media Sdn Bhd yang akan dimainkan di Slot Samarinda TV3 bermula pada 27 Mac 2017 nanti. [15]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Saiful Ridzuan Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Ariz Lufias dilahirkan pada (1989-06-10) Jun 10, 1989 (umur 27).
    • Ariz sedang berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila pada tahun 2016, beliau telah membintangi dua drama iaitu Tak Beli Tak Cinta memegang watak utama [16] manakala drama Sein Dan Luna sebagai watak pembantu. [17]
  • Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai One dilahirkan pada (1989-09-20) September 20, 1989 (umur 27).
  • Mohammad Izzul Islam Mazlan atau lebih dikenali sebagai Izzue Islam dilahirkan pada (1990-06-02) Jun 2, 1990 (umur 26), selain menyanyi Izzue juga merupakan seorang pelakon.
    • Pada tahun 2016, Izzue telah mengeluarkan dua single terbaru secara solo iaitu Bimbang dan Sahabat yang dicipta sendiri oleh beliau. [18]
  • Mohamad Arif Ameerais Azhar atau lebih dikenali sebagai Ameer dilahirkan pada (1990-10-09) Oktober 9, 1990 (umur 26). Beliau juga seorang model.


Kumpulan Forteen dianggotai Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saiful Ridzuan Abd Hamid (Ariz), Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameerais), dan Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue). Ameerais dan Izzue berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Ariz pula dari Malim, Melaka, manakala One berasal dari Jelapang, Perak.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Nota
ERA FM
[19]
Hot FM
[20]
Muzik Muzik
[21]
JOOX
[22]
2011 "Berdua Bersatu" - - - -
2012 "Seperti Dulu" - - - - OST : 29 Februari [23]
2013 "Kita" - - - - OST : Sebenarnya, Saya Isteri Dia!
"Tidak Pernah Berjumpa" - - - -
"Ketika Ini" - - - -
" 10 Jari Aidilfitri " - - - - Erti Aidilfitri
2014 " Dikau Saja " - - - -
2015 " Linangan Terakhir " - - - -
2016 "Dekat Tapi Jauh" - 18 [24] - 73 OST : Mr Boss Miss Stalker
2017 "Apa Ini Cinta "

0Akan Dikeluarkan-12-33

Videografi[sunting | sunting sumber]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Sebagai artis utama

Tahun Muzik video Durasi Catatan
2011 Berdua Bersatu 3:36
2012 Seperti Dulu 4:41 OST Filem 29 Februari
2013 Kita 3:47 OST Drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia
Tidak Pernah Berjumpa 3:45
Ketika Ini 4:04
10 Jari Aidilfitri 3:31 Erti Aidilfitri
2014 Dikau Saja 4:18
2015 Linangan Terakhir 5:27

Video lirik[sunting | sunting sumber]

Tahun Muzik video Durasi Catatan
2016 Dekat Tapi Jauh 3:40 OST Mr Boss Miss Stalker
2017 Apa Ini Cinta ? 4:02

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Program TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Ahli Catatan
2016 Meletop Kebaboom Astro Ria & Astro Ria HD Semua 26 Januari
Anugerah Meletop Era Ameer, Izzue & Ariz 21 Februari
Malaysia Hari Ini TV3 Semua 19 Mei
Wanita Hari Ini 8 Jun
Meletop Kebaboom Astro Ria & Astro Ria HD Izzue Islam 21 Jun
CCTV 27 Jun
Muzik-Muzik TV3 Semua 27 Jun
Hari Ini Hari Raya TV2 6 Julai
Aku Raya, Kau Raya, Barulah Raya Astro Ria & Astro Ria HD Izzue Islam 8 Julai
One, Ariz & Ameer 10 Julai
Meletop Kebaboom Raya One, Izzue & Ameer 11 Julai
Meletop Izzue Islam 23 Ogos
CCTV 5 September
Motif Viral Semua 8 September
Motif Viral Izzue Islam 15 September
Aktif 5 TV2 Izzue, Ameer & Ariz 10 Disember
RTM Bintang Kecil 2016 TV1 Semua 11 Disember
Anugerah Industri Muzik ke-22 Astro Ria & Astro Ria HD 18 Disember
Joox Singgah Sat Joox Music App 21 Disember
2017 Wanita Hari Ini TV3 Ameer 12 Januari
Salam Dhuha Astro Oasis & Astro Maya HD Semua 21 Januari
CCTV Astro Ria & Astro Ria HD Izzue Islam
AM Live Ameer 30 Januari
One, Izzue & Ariz 14 Februari
Wanita Hari Ini TV3 One , Izzue & Ariz 15 Februari 2017
Pop TV TV9 Semua 19 Februari 2017

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Duo/Berkumpulan Popular Dicalonkan
2012 Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19) Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik [25] Menang
2016 Anugerah Pilihan Online Grup Pilihan Online Dicalonkan
2017 Anugerah MeleTop Era 2017 (AME) Grup/Duo MeleTop Menunggu
Separuh Akhir Muzik Muzik
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2011 Berdua Bersatu Kita Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Terbuka Dicalonkan
2012 Seperti Dulu Dicalonkan
2013 Kita Dicalonkan
2014 Tidak Pernah Berjumpa Dicalonkan
2015 Linangan Terakhir Non-album single Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]