Kumpulan Fotograf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fotograf
Anggota asal Fotograf, dari kiri Ringgo, Amran, Shamrin (Allahyarham) dan Shahrul
Latar belakang
Berasal dari MalaysiaMalaysia
Genre Rock, Slow Rock
Pekerjaan Penyanyi / Pemuzik
Instrumen Vokal / Band
Tahun aktif 1988 - 1998
2007 (reunion)
Label 1989 - 1994: Sinar Muzik Production
1995 - 1998: EMI
Kegiatan berkait Fauzi Marzuki
Laman web Kumpulan Fotograf
Bekas ahli
Shamrin (Vokal) - meninggal dunia
Amran (Bass)
Shahrul (Gitar)
Ringgo (Drum)
Almi (Gitar)
Said (Bass)

Kumpulan Fotograf merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga pertengahan dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 1987, kemunculan Fotograf sebagai artis rakaman di tengah-tengah kehangatan irama rock menguasai persada muzik tanahair seangkatan dengan kumpulan MegaXPDCEkamatraGamma dan Ariwatan. Fotograf menghasilkan album pertama mereka berjudul Iramanya Menggetar pada tahun 1989. Kejayaan album itu membuka peluang kepada mereka untuk menghasilkan lima lagi album penuh iaitu 7:30 Psikosis (1990), Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997). Antara lagu yang mempopularkan mereka ialah Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, Di Alam Fana Cinta, Ke Pintu Kasihmu, Luka Seribu Rindu dan Janji Kasih.

Line-up Fotograf pernah berjumlah 5 orang pada sekitar tahun 1991 hingga 1993

Anggota kumpulan[sunting | sunting sumber]

Anggota asal Fotograf terdiri daripada:

  1. Shamrin (Vokalis) - meninggal dunia pada 2010
  2. Ringgo (Drum)
  3. Amran (Bass) - sehingga album kedua sahaja, kemudian digantikan oleh Said
  4. Shahrul (Gitar) - sehingga album ketiga sahaja

Seorang lagi gitaris, Almi menyertai Fotograf untuk album ketiga menjadikan anggota mereka berjumlah lima orang. Namun pada tahun 1993, krisis dalaman berlaku menyebabkan Shahrul, Said dan Almi meninggalkan Fotograf hanya dengan dua anggota asalnya Shamrin dan Ringgo.

Bermula tahun 1994 hingga 1997, penerbitan album-album Fotograf dibantu oleh tiga pemuzik undangan. Mereka ialah Opie selaku pemain gitar, Rawita sebagai pemain bass dan Eddie di posisi keyboard. Opie dan Rawita merupakan bekas anggota kumpulan Bloodshed manakala Eddie merupakan bekas anggota kumpulan Ekamatra yang kemudiannya menyertai kumpulan Slam.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Iramanya Menggetar (1989)[sunting | sunting sumber]

  1. Di Sisa Rindumu
  2. Setialah Pada Cinta
  3. Cinta Tak Pernah Musnah
  4. Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal
  5. Alam Remaja
  6. Biarkan
  7. Tinta Di Kelopak Duka
  8. Gadis Kota
  9. Iramanya Menggetar
  10. Rock N Roll

Line-up:

  • Shamrin (vokal)
  • Ringgo (Drum)
  • Amran (Bass)
  • Shahrul (Gitar)

7:30 Psikosis (1990)[sunting | sunting sumber]

  1. 786
  2. An Offering of Silence
  3. Fotograf
  4. Jangan Kau Pergi Sayang
  5. Janji Sandiwara
  6. Karina
  7. Kau
  8. Mimpi Semalam
  9. Rock N Roll
  10. Takdir Bukan Mimpi
  11. Utusan Kematian

Line-up:

  • Shamrin (Vokal)
  • Ringgo (Drum)
  • Amran (Bass)
  • Shahrul (Gitar)

Fotograf 92 (1992)[sunting | sunting sumber]

  1. Di Alam Fana Cinta
  2. Belenggu Mimpi
  3. Melodi Cinta
  4. Senario Kotaraya
  5. Nyanyian Malam
  6. Mimpi Alam Fantasi
  7. Ke Pintu Kasihmu
  8. Damaikanlah
  9. Radio
  10. Menanti Restu

Line-up:

  • Shamrin (Vokal)
  • Ringgo (Drum)
  • Said (Bass)
  • Shahrul (Gitar)
  • Almi (Gitar)

Fantasi (1994)[sunting | sunting sumber]

  1. Berhati-hati
  2. Bersatu Akhirnya
  3. Bukan Koleksi
  4. Harapan
  5. Kegersangan
  6. Korban Cinta
  7. Menanti Titahmu
  8. Persemadian Cinta
  9. Pulau Fantasi
  10. Segala Dalam Minda

Line-up:

  • Shamrin (Vokal)
  • Ringgo (Drum)

Pemuzik undangan:

  • Opie (Gitar)
  • Rawita (Bass)
  • Eddie (Keyboard)

Fokus (1995)[sunting | sunting sumber]

  1. Luka Seribu Rindu
  2. Janji Kasih
  3. Keliru Dalam Rindu
  4. Tulusku Bukan Terpaksa
  5. Nyata Kasihku
  6. Jerebu
  7. Kau........Kekasihku
  8. Pelangi
  9. Lambaian Khatulistiwa
  10. Kalimah Cinta

Line-up:

  • Shamrin (Vokal)
  • Ringgo (Drum)
  • Almi (Gitar)

Pemuzik undangan:

  • Opie (Gitar)
  • Rawita (Bass)
  • Eddie (Keyboard)

Juara Mimpi (1997)[sunting | sunting sumber]

  1. Nafas Kekasih
  2. Asmara Gerhana
  3. Panah Tak Bermata
  4. Aku Yang Kecewa
  5. Salam Buat Juwita
  6. Aku Menunggu Hari
  7. Dilena Namamu
  8. Terlena Dalam Jaga
  9. Mengejar Bayangan
  10. Di Alam Fana Cinta

Line-up:

  • Shamrin (Vokal)
  • Ringgo (Drum)
  • Almi (Gitar)

Pemuzik undangan:

  • Opie (Gitar)
  • Rawita (Bass)
  • Eddie (Keyboard)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

The Best Of Shamrin And Fotograf (2011)

Anugerah/Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Ringgo

Kontroversi penahanan Ringgo[sunting | sunting sumber]

Pemain drum Fotograf, Ringgo atau nama sebenarnya Sham Ahmad ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas, Venezuela pada 25 November 2007 atas dakwaan menyeludup dadah jenis kokain seberat 4.6 kilogram dari Caracas ke Madrid, Sepanyol. Sewaktu ditahan, Ringgo yang juga seorang pelukis dan komposer lagu mahu berlepas pulang ke Malaysia. Beliau bersama seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan kerana salah sebuah beg yang dibawa oleh Ringgo mengandungi dadah kokain seberat 4.6 kilogram. Ekoran itu, Ringgo yang ketika itu berusia 42 tahun ditahan di sebuah lokap di Caracas sebelum dipindahkan ke penjara berhampiran manakala rakannya itu dilepaskan. Venezuela tidak melaksanakan hukuman mati untuk pengedar dadah tetapi jika sabit kesalahan, Ringgo boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Bagaimanapun pada tahun 2011 akhbar Harian Metro telah melaporkan bahawa Ringgo kini sudah tidak lagi ditahan di penjara kerana selepas perbicaraan, pihak berkuasa Venezuela mendapati ada unsur-unsur penganiayaan terhadapnya. Berikutan itu mereka memutuskan Ringgo dikenakan parol selama dua tahun di mana beliau perlu melaporkan diri kepada pihak berkuasa di sana sekali dalam sebulan.

Kematian Shamrin[sunting | sunting sumber]

Vokalis Fotograf, Shamrin meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 6 petang 11 November 2010 di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru. Allahyarham yang ketika itu berusia 45 tahun rebah ketika bermain bola sepak pada perlawanan persahabatan antara artis dan sebuah syarikat insurans di Padang Kelab Sultan Sulaiman (KSS) di Kampung Baru pada kira-kira pukul 5.30 petang hari tersebut. Allahyarham Shamrin meninggalkan seorang balu yang sedang sarat mengandung serta tiga orang anak (termasuk seorang anak dari perkahwinan pertamanya dengan bekas isteri). Balu Allahyarham melahirkan anak bongsu mereka kira-kira tiga minggu selepas pemergiannya.

Nama Fotograf terus berkubur lantaran ketiadaan kedua-dua anggota asal yang tidak pernah meninggalkan kumpulan ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]