Kumpulan Freedom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Freedom
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Pop, Ballad, Dance
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Kegiatan berkait Berkumpulan
Ahli Shuib Shaari (ketua/dram), Abdul Ghani Karim (gitar), Mohd Nor Shahriman (bass), Richard Gomis (keyboard)
Bekas ahli Corrine Kennedy, Seha


Kumpulan Freedom merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang pernah aktif di Malaysia di era akhir 80an dan di awal 90an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kumpulan asalnya dianggotai oleh Corrine Kennedy dengan empat pemuzik lain, Abdul Ghani Karim (gitar), Mohd Nor Shahriman (bass), Richard Gomis (keyboard) dan Shuib Shaari (ketua/dram) memulakan persembahan pertama mereka di Plaza Inn, Melaka.

Selepas vokalisnya, Corrine Kennedy berundur, pemain dram Freedom, Shuib Shaari telah melamar Seha bagi menganggotai kumpulan itu.

Dengan penyertaan Seha sebagai anggota baru, kumpulan Freedom memulakan persembahan pertama mereka di Plaza Inn, Melaka. Sewaktu bermain di Piccadilly, Damansara Jaya, Fauzi Marzuki menawar mereka menjadi artis rakaman dan lahirlah album sulung, Mulanya Di Sini. Lagu itu juga berjaya menjulang nama Seha. Bagaimanapun selepas beberapa ketika bersama, Seha berpisah dari Freedom dan mula bergerak solo.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

memulakan persembahan pertama mereka di Plaza Inn, Melaka.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Mulanya Di Sini (1987)
  • Kau Yang Memungkinkannya (1988)
  • Cinta Ciptaan Kita (1989)

Lagu-Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Babak Cinta Terakhir
  • Jauh Dirindu
  • Kerana Rindu Ini
  • Kitalah Orang Ketiga
  • Masihkah Ada Esok
  • Mulanya Di Sini
  • Persamaan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]