Kumpulan Gembala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Gembala (bahasa Inggeris: Herding Group) ialah nama sebuah kumpulan baka anjing, digunakan oleh kelab kenel untuk mengelaskan koleksi tertakrif baka anjing. Kumpulan ini tidak merujuk sebarang jenis anjing tertentu. Cara Kumpulan Gembala ditakrifkan berubah-ubah dalam kelab kenel berlainan, dan kelab kenel berlainan mungkin tidak menyertakan baka sama dalam Kumpulan Gembala mereka. Sesetengah kelab kenel tidak menggunakan istilah Kumpulan Gembala. Persatuan kelab kenel antarabangsa, Persekutuan Kinologi Antarabangsa, tidak mempunyai sebuah Kumpulan Gembala, dan menyertakan kebanyakan anjing pastoral dalam Kumpulan 1 Anjing Biri-biri dan Anjing Lembu (kecuali Anjing Lembu Switzerland) dan Kumpulan 2 Pincer dan Schnauzer - Baka Molossoid - Anjing Gunung Switzerland.[1]

Baka Kumpulan Gembala[sunting | sunting sumber]

American Kennel Club[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Gembala American Kennel Club, dicipta pada 1983, ialah pengelasan AKC terbaharu. Kumpulan ini terdiri daripada anjing gembala dan anjing penjaga haiwan ternakan yang dahulu merupakan anggota Kumpulan Pekerja.

Anjing dalam Kumpulan Gembala American Kennel Club ialah:[2]

Anjing Brie
Anjing Beauce
Buhund Norway
Collie
Collie Berjanggut
Collie Sempadan
Corgi Wales Cardigan
Corgi Wales Pembroke
Anjing Gembala Australia
Anjing Gembala Belgium
Anjing Gembala Iceland
Anjing Gembala Inggeris Lama
Anjing Gembala Jerman
Anjing Gembala Pyrénées
Anjing Gembala Shetland
Anjing Gembala Sweden
Anjing Gembala Tanah Pamah Poland
Anjing Gunung Entlebuch
Anjing Kanaan
Anjing Lap Finland
Fail:Australian blue cattle dog 01.JPG
Anjing Lembu Australia
Anjing Lembu Flandre
Anjing Malines Belgium
Puli
Anjing Tervueren Belgium

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Kumpulan AKC