Harmoni (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kumpulan Harmoni)

Kumpulan Harmoni merupakan sebuah kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu Doa dan Penantian.

Kumpulan Harmoni ditubuhkan pada tahun 1973. Ketika itu, kumpulan ini sering diundang mengadakan persembahan selingan untuk majlis deklamasi puisi anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) atau Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena).

Ketika itu Harmoni seperti kumpulan terdesak. Pena atau Gapena sering menganjurkan pementasan teater elit, persembahan puisi yang sering diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Ketika itu, Zubir dan Joei adalah salah seorang tenaga pengajar di Institut Teknologi Mara (sekarang Universiti), manakala Ogy dan Azie pula adalah antara pelajar di institusi pengajian yang sama.

Melihat mereka kerap mengadakan persembahan pentas, penggubah dan pemuzik, Zalikamari kemudian mempelawa Harmoni untuk merakamkan lagu. Pelawaan diterima dan pada tahun 1980, lahirlah album Penantian terbitan Titra Musical dan diedarkan EMI.

Dalam album itu mengandungi lagu seperti Penantian, Doa dan Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang - semuanya segar hingga sekarang. Sambutannya baik apabila dilaporkan mencatat jualan hampir 50,000 unit.

Tidak lama selepas itu, Harmoni muncul dengan album kedua berjudul Nyanyian Ombak. Bagaimanapun, selepas itu, kumpulan ini agak tenggelam biarpun nama mereka terkenal.

Kumpulan ini tidak berpecah, cuma sukar untuk bergabung semula. Ini kerana Joei melanjutkan pengajian San Francisco dan bekerja di sana. Begitu juga dengan Ogy yang juga menyambung pelajaran di luar negara.

Ahli[sunting | sunting sumber]

  1. Zulkifli Zakaria (Joey)
  2. Zubir Ali
  3. Jasmin Adnan (Min)
  4. Roziah Ibrahim (Ogy)

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Penantian (1981)
  2. Nyanyian Ombak (1983)

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Penantian
  2. Nyanyian Ombak
  3. Doa
  4. Balada Anak Desa
  5. Balada Seorang Gadis Kecil
  6. Harga Diri
  7. Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang
  8. Erti Pengorbanan

Rujukan[sunting | sunting sumber]